October 2, 2012

BR1M 2.0

Yeahhhhh Ritu kan pembentangan Bajet 2013.. Aku tunggu mende nie jerrr... Coz aku last year tak layak
Dapat... x ade tangunggan & x kawin agi... huhuhuhu... Yang agak cedihhhnyerrr belia 21-35 thn ke atas BUJANG pun dah layak memohon, janji cukup syarat2nya....


Borang BR1M 2.0 mula diedar bulan ini-Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.


Waktu Borang BR1M 2.0 diedarkan-“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini hari ini. 

Ciri-ciri layak mendapat BR1M 2.0-Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Donald Lim berkata, isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Pelajar Uuniversiti Tak layak mendapat BR1M 2.0-Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut

Ya... Adik2 yang sedang study.. harap bersabar... kerna anda sudah mendapat Baucer buku yea...Jadi x leh dapat RM250 lagi....

Aku ni iye2 jerrr ntah2 aku pon tak layak.. huhuhuhu Kite tengok jerrr nanti...

October 1, 2012

ten...ten..ten....

Sudah menjagkau bulan ke-10 dalam tahun 2012... Cepat betul masa berlalu... Maksudnya.. lagi 2 bulan
dah nak ke tahun baru... Bagi aku ok jerrr sebab azam aku utk tahun ini dah terlaksana...
 Aku harap.. Bulan oktober akan memberi aku seribu  satu makna yang indah-indah belaka , untuk aku melalui liku-liku hidup ini...

P/s..:- Entri macam tengah bahagiakan... Padahal sedang menangung kesakitan.. huhuhuh...
          Cepat la baik wahai dahiku...