April 18, 2012

Udin - Udin Sedunia



Kepada yg tengah Stress nak cari nama anak.... Boleh layan lagu nie... banyak nama boleh dapat...
Tapi pangkal akhirnya semua UDIN hahhahahaha....

Bermula lah di sini.....

Yeahhhh.... 16 Apr hari tu, bermula lah agenda terbaru aku, dimana aku dah dapat part time job..
Cashier jerr... kat sebuah pasaraya... hari tu aku kan penah memekak yang aku Bosan tinggal kat umah pas balik kerja... So Seperti yang di jangka.. memang bila dah dapat part time nie mmg agak bz ...
Mujur lah ada yang memahami...

Ramai kengkawan aku tanya tak penat ke.. keluar office 5.30, pastu pukul 6 nak pergi part time pulak,
Hmmm dah itu kemahuan aku..... Bila dah ada peluang ape lagi yg nk di tunggu.... Berkerja jela..
Selain dari menghilang kan kebosanan aku, dapat juga aku menambah pendapatan hihihihhi..

Zaman sekarang Semua duit, buka jer pintu umah duuuuuuiiittttt jerr... setuju tak??? kan2??
So Semalam aku start buka kaunter sendiri dgn menggunakan float sendiri, di atas tangung jawab sendiri...
Alhamdulilah.... Semuanya ok...tak ade short...hushhhh... takut jugak semalam kalau short kena potong gaji wooo... dah la sejam baru 5 hinggit.... tak terganti aku nanti... kena berhati2...

Selain penat, banyak benda2 menarik semasa aku berpart time hahahha... mcm perangai ada, mcm2 fesyen org ada.. boleh kata macam2 ada.....

So hari nie hari ke 3 aku ber part time... Doa kan aku agar terus tabah untuk ber partime yea....Kalau x ade kesabaran memang x boleh .... Sebab Memang PENAT sangat...

April 14, 2012

Risau



BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas kepalanya hancur digilis lori dalam kemalangan dekat Permatang Tinggi, jam 8.45 malam kelmarin.
Mangsa, Nan Ruazlan Zulkefle, 23, dari Balai Polis Machang Bubok sebelum itu membuat rondaan bersama seorang lagi rakan setugas, tetapi mereka menunggang motosikal berasingan.
Ketika menghampiri pondok polis Permatang Tinggi, mangsa cuba memintas Proton Saga untuk diperiksa, selepas mendapati kereta itu mencurigakan.
Tetapi, usaha itu gagal apabila pemandu kereta memecut laju dan bergesel dengan motosikal mangsa serta melanggar pembahagi jalan. Lalu mangsa terjatuh di atas jalan.
Malang tidak berbau apabila sebuah lori menggilis kepala mangsa hingga otaknya bersepai dan mengenai sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian­ dan mayatnya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan­ bilik mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM) dengan kehadiran rakan setugas dan pegawai polis.
Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah dan Ketua Trafik/Ketenteraman Awam SPT, Asisten Superintendan S Manogaran.
Ayub berkata, kedua-dua pemandu Proton Saga dan lori melarikan diri sejurus kejadian dan pihaknya giat menjejaki kedua-dua mereka.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Trafik IPD SPT, Inspektor Azwan Kamaruddin 04-5301977.
Sementara itu teman wanita Nan Ruazlan, Siti Junaida Mohd Hasnan, 20, berkata, mereka merancang untuk bertunang 27 Mei ini.
Katanya, impian hidup bersama musnah selepas arwah yang dikenali sejak enam bulan pergi buat selamanya.
“Saya tidak sangka dia pergi begitu cepat kerana kami baru bertemu tidak sampai satu jam sebelum kemalangan.
“Tiada sebarang perubahan­, cuma malam tadi (kelmarin) sebelum keluar bekerja dia mencium dahi saya yang mana kebiasaannya kami bersalam sahaja,” katanya.
-Sinar-
-risau pulak aku... ttibe tringat pasal die yg akan outstation jauh... Aku sentiasa berdoa semoga dia selamat pergi & selamat pulang-

Pasal aku...

Setelah sekian lamanya aku mendiamkan diri daripada b'belog, akhirnya pagi  ini ada sedikit kelapangan untuk menulis.. hahahhah... Actually aku bukan lah Bz sangat.... sememangnya tak ada isu untuk di kongsikan...kang bile buat2 cite lebih-lebih ade pulak yang nyampah hihihihi...

Alhamdulilah... nampaknya perancangan aku untuk melaksanakan satu-satu nya azam aku tahun ini...sudah di mulakan... kedua2 belah pihak sudah membuat perancangan , harap segalanya berjalan dengan lancar..
memang la mcm lambat lagi... Insyaallah lepas raya puasa tahun ini... tapi Untuk aku... mcm penin jer..
Tak tahu macam mana , apa yang perlu start dulu... al maklum lah... aku x ade kakak yang dah berkawin..
memandangkan aku nie anak,cucu & cicik 1st keluarga aku, semua persediaan aku harap mak, & diri aku sendiri.... sikit2 ade lar tanya kengkawan yg dah berumah tangga... So aku harap kengkawan mendoakan aku semoga segalanya akan berjalan dgn lancar....

Di sebalik ada cerita gembira, ade pula cerita yang sedikit sedih... my buah hati...akan berjauhan dari aku atas urusan kerja... dia akan outstation selama mana aku pun tak pasti... dah lah jauh nun di utara negara...
memang lah kami belum di satukan... tapi hari2 kami mesti kena berjumpa sekejap pun jadilah...sape nak teman kan aku lunch & dinner... ;(  Sape nak jage aku sengsorang kat sini.....
Mungkin telah tersurat kami terpaksa berpisah sementara... Moga akan merasa kerinduaan yang lebih nanti...
maybe cengini lah yang telah di rasa oleh para isteri2 yang telah di tinggalkan oleh incik2 husbend mereka...

So.. Dalam hidup cengini lah... kadang2 gembira.. kadang2 sedih... mainan kehidupan, sebelum menutup mata,
kita terpaksa tempuh..