November 17, 2011

Nasik lemak + Sosej

Hahhhhhh.... Susah hati la... tambah marah pun ade...
tak boleh terima kenyataan....
Hari ini opismate aku cakap aku semakin gemuk lagi...
Hancur setahun aku diet tau... memang la nampak tak ketara sangat
even 16 kilo turun pun aku masih chubby lagi.. ada la kot dari sisi tu nampak tak gemuk sangat kot...Setahun tau aku menahan lapar.. diet la..(excercise hmmm hampesss.. mmg idok lerr...)
diet dengan ikhlas memang la boleh nampak kesan nyer.. hihihihi mana tak nyer.. bila rasa senang hati sikit.. mula la.. nafsu.. meronta-ronta suruh aku order macam...nafsu-nafsu.. megapa kau menghantui diri aku...

Lately ni.. setiap pagi aku mesti hentam Nasik Lemak + sosej.. kadang-kadang telur mata.. everymorning pekena.. kalau x mmg x perfect ... macam da kna ubat guna-guna ngn toke nasik lemak tu pulak hihiih...Biasa la aku fikir nsik lemak kt subang jaya ni.. kan nasik lemak sekadar nama.. memang tak lemak lansung..
So boleh lah aku hentam hari-hari...tapi effect nyer.. sebulan saja...memang mujarab.. berat aku rasanya memang dah naik..( tak berani nak timbang mmg aku takut)..

Nak turun kan 16 kilo dulu memang macam-macam pergobanan aku kena laksanakan..
• Makan sehari sekali..
• Kalau makan nasi Kena ambil dalam kuantiti yang sikit saja..
• Kalau Orang nak belanja makan.. memang terpaksa tolak..
• Kena Belari shari 2km ( kadang2 jer tu)
• Tekanan paling hebat bila balik kg.. mak masak mcm2.. terpaksa control
sebab bila sudah half year aku diet.. perut aku ni memang tak boleh terima nasik extra lagi.. (rugi tau x boleh makan byk2 bila mak masak)


Sekarang ni macam ada syaiton nirajim yang menghasuti aku... Errrr "makan, makan zila... kalau tak makan kau lapa... Itu la situasi yang selalu aku rasakan bila disaat aku menahan kelaparan...
Sekarang ini aku perlu lakukan sesuatu untuk kuat semula melawan semua itu..aku mesti kena set kan dalam kepala hotak aku.. supaya.. Diet, diet & terus diet supaya aku kembali.... kurus & yang paling penting sihat..
Ni tak lah kalau lif rosak termengah-mengah , semput suma ada...
Yang aku paling risau.. my "mr jiwa" sering bertanyakan megapa aku tidak memakai seluar jean hadiah pemberian nya..."
Adusss Kenyataannya aku tidak muat lagi utk memakai seluar itu...
Eiiiii tkt menerima kenyataan.. So aku memang bertekad utk Kurus semula!!!
Promise.... X nak makan Nasi Lemak + Sosej lagi...




•••• Di suatu ketika itu•••



••• setelah Setahun Menahan semua itu••••


••• Kini kembali sekejap seperti waktu itu.. tidakkkkkkkkk...•••




Moral of the story..
Jangan sia-siakan usaha yang kita telah cuba.. jangan sangka kita tidak perlu teruskan usaha jika kita pernah berjaya..
Cuba & terus berusaha..
Majulah diet Untuk aku!!

November 16, 2011

Ricky Martin bakal kahwini teman lelaki

Dunia oh Dunia... Ini lah dunia diakhir zaman.. siapa nak jawap kalau dah jadik macam ni...
Cube baca cerita bawah ni...



15 Nov - Selepas berpacaran selama empat tahun, akhirnya pelantun lagu "Livin' La Vida Loca", Ricky Martin dikhabarkan sedang merancang untuk mengahwini kekasih sejenisnya, Carlos Gonzalez di Sepanyol.

Dipetik daripada laman web Mirror, penyanyi berusia 39 tahun ini telah memohon kerakyatan bagi mengambil kesempatan akan keputusan negara tersebut yang membenarkan perkahwinan sama jantina pada tahun 2005, menurut laporan El Pais.

Malah kerajaan Sepanyol dilihat berbesar hati 'menerima' ayah kepada dua anak kembar berusia tiga tahun, Matteo dan Valentino serta tidak menyuruhnya menukar kerakyatan Amerika Syarikat yang dipegangnya itu.

Walaupun Martin tidak memberi sebarang komen tentang laporan tersebut, akhbar harian Sepanyol itu melaporkan dia mempunyai perancangan untuk berkahwin di negara itu kerana ingin memberi penghormatan kepada perdana menteri Jose Luis Rodriguez Zapatero kerana menyokong hak homoseksual.

Pada tahun lepas, penyanyi ini mengeluarkan kenyataan dan mengakui dia adalah seorang homoseksual dan berbangga dengan status dirinya itu.


Sumber : By Cinema online