December 15, 2011

Home » » Engagement of The Year

Engagement of The Year


Mesti korang konpius kan... aku tulis pasal entri kali ni bukan pasal E-day aku pun...Aku nk tunang?? Mmg tak lagi kot... Nak ikt kan aku memang tak layak kot utk comment pasal Majlis tunang2 orang ni...
Bertunang ni kalau ikt kan tak la wajib.. just adat jerr.. Tapi.. Org kata.. Biar mati anak.. Jgn mati adat kan..Ehehhehehe kalau aku tak nak la mati anak.. gilerr makkk.. ingt ank kucing ke ape??
Haaa.. nape Entri kali ni pasal Bertunang?, bukan pasal merisik @ menikoh??
ini kerana lately nie.. aku tengok.. majlis2 org2 zaman sekarang ( aku tak mention kan spe2 ok) sangat lah terover.. kalah retis2.. Hebat..engagement
of the year hihihihi... baru bertunang.. perlu ke ade pelamin??..mmg la dah mampu.. tapi perlu ke.. pakaian mengalahkan majlis bsanding.. kadang2 aku t'konpius.. ni majlis kawin ke ape.. bile tgk org lain dok komen "Tahniah & selamat bertunang...".. Hati aku rasa.. perghhhh...
Dah la ada pelamin.. aku ingt kan just utk majlis menyarungkan cincin.. ok la jgk kan.. Tapiiii... Diaorg bersanding la pulak...Baru bertunag kot..Mcm x ada ikatan yang halal lg kan.. so perlu ke semua itu...
Hmmm aku Ini just dr sudut pendapat aku je kan.. tak salah kot bg sedikit pendapat..aku rasa... bt mcm org dulu2.. je ok kot.. yang si perempuan penuh dgn perasaan malu2 just sarung cincin dr wakil si lelaki.. boleh bgambar.. utk kenangan.. tapi ada caranya.. biar cover2 dulu.. jgn si perempuan nampak gedixs sgt....hihihihihi...
Mungkin ada org ckp entri aku ni pasal aku jelous.. sbb aku sendiri x btunang lagi... Tapi Bukan la.. Aku Just nk Sharing Ape yg aku dok tgk,

So kt bawah ni aku Just nak Sharing Warisan Ada betunang org melayu..Jom Tgk..hihihihi..

Bertunang


Barangan hantaran
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.


Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.



Beraneka jenis hantaran yang digubah indah
(sekadar gambar hiasan hihihi )


Sirih Junjung



Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.


Cincin belah rotan sebagai tanda peminangan
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Hhihihihi... Aku harap jgn ada yg terasa.. aku bukan nak mengata... tapi.. ini lah kenyataannya.. org sekarang yang terlebih sudah.. bukan ape tkt nanti kawin tak berseri lagi...(jemu org tgk bape kali kite nk bsanding kan??)
So.. Entri ni utk igt kan pada aku juga.. supaya just only moderate
jerr utk Majlis Sebegitu nanti..

No comments: