October 29, 2012

Home » » CERITA RAYA AIDILADHA & DOAKAN DIA - part 1

CERITA RAYA AIDILADHA & DOAKAN DIA - part 1

Di sini semula.. ikut kan hati memang still tak ada mood lagi nak menaip....
Letih...... malas & segalanya melanda diri aku...
Macam yang aku dah mention kat entri INI , Turn balik raya kat rumah MIL aku REMBAU....

Hari khamis hari tu, kami terpaksa tukar plan & balik awal sikit dari yg dah dirancang...
Sebab nenek asbend aku masuk hospital, Sampai jerr kat rembau aku & asbend singgah
pasaraya jap ingat nak beli brg nak masak utk mkn malamnya...

Pukul 5.30 ptg kami sampai, gembira disambut adik beradik & Mil aku, Sebab jarang balik kan... huhuhu.. Sampai jerr, masuk dalam rumah aku tengok nenek asbend aku yang dah tak bermaya, lain dari kebiasaan, sakit tua, dah tak boleh makan apatah lagi berjalan...Kalau dulu biarpun dia dah nyanyuk...dia selalu menghiburkan ank cucunya... dia suka menyanyi, berpantun... cakap dalam loghat negeri sembilan yang aku tak berapa nak paham...

 Biasa lah, kalau dah balik rumah mak mentua, aktiviti kebiasaan kami,  bermula, masak beramai-ramai... almaklum la ank menantu ramai.... Buat prepration utk raya,
Aku plan nak buat laksa, Tapi kakak ipar aku bagitahu ramai yg dah sediakan menu...
better aku tak payah buat...

Dalam pukul 7pm kami dah settle aktiviti memasak tinggal sikit-sikit aje... aku ke ruang tamu dengan niat nak tengok ape yg patut buat lagi, terpandang semula nenek yang terlentang, anak buah aku suapkan dia air pon susah nak minum, 
Keadaannya semakin merosot, Dalam kepala otak aku ini macam-macam difikirkan,

Dalam Pukul 11pm,MIL aku bagitahu nenek macam dah nazak, Kami anak cucu mula bacakan yasin untuknya, masuk kali ketiga kami baca, 
" Nenek Dah menghembuskan  nafas yang terakhir tepat 12.30 am 10 zulhijah 1433 , hari khamis malam jumaat......" Allah lebih sayang kan dia...  

Mungkin aku baru saja mengenalinya,  tapi hati tetap sedih atas kehilangan nya... 
Hanya Al-fatihah yang mampu aku sedekahkan,

Kami semua tak tidur malam tu, ada yang baca yasin & mcm2 lagi.... mata mmg dah berat, tapi tak boleh lelap,
Kebetulan hari raya aidiladha & hari jumaat, keluarga semua buat keputusan  jenazah akan dikebumikan selepas solat juamaat,

Ini adalah 1st time pengalaman aku tolong mandikan jenazah, kafan kan... kenapa nak takut... satu hari nanti kita pun akan meninggal....
Entah kenapa hati aku ikhlas jerr nak menolong... fardu kifayah kan utk mengguruskan jenazah... Aku tak pergi ke tanah pekuburan, sebab banyak yang perlu di uruskan di rumah...

Aku memang dah rasa macam swing2.. jerrr mcm nk pengsan pun ada, tapi rasa mcm tak sesuai jerr nak berehat time tu ramai adik beradik datang  mengziarah, tambah2 aku ni menantu baru dalam keluarga tu, tak maniskan kalau malas2....

Nampaknya, kami tak menyambut aidiladha bagi menghormati yang telah pergi,
Pukul 10.00 mlm aku sangat2 tak berdaya untuk buat apa-apa lagi.... sangat pening, aku cuba  tidur tapi tak boleh....telan panadol, baru boleh nak lena... asbend gerakkan aku pun mamai2... mmg down gilakk... penatttttttttt.... tapi nak buat mcm mana... semua itu takdir...
kententuan dari allah...

Hushhhh pnt gilakk aku menaip... maybe sambung next entri....

P/s: Sorry no picture 4 this entry,,, mmg tak sempat lansung.........





No comments: