Showing posts with label Crita Kawin. Show all posts
Showing posts with label Crita Kawin. Show all posts

September 26, 2012

SHARING IS CARING# MENGANDONGTIME#

Walaupun tidak berapa sihat hari ni, aku tetap gagahkan diri untuk mengugel pasal kehidupan
Rumahtangga.. Kalau bebalik pasal entri lalu aku  yg INI , Al maklum la belum faham & tiada pengalaman mengenai itu... So untuk aku & juga pada yg baru kawin mcm aku.. harus la mencari , bertanya pada yg berpengalaman,Jangan malu, kerna kalau kita malu... kita yang rugi...


So setelah aku mencari tercari dengan 1000 persoalan... aku pun terbaca la artikel nie...

cara mengira waktu subur wanita

Ingat! Ini bukan dari penulis blog copy paste tau, tapi daripada penulis asal yang bernama Dr. Azwan danDr. Zubaidi Hj. Ahmad.
Jom baca pandangan daripada mereka mengenai isu kesuburan dan cara mengira waktu subur dengan betul.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
mengira kitaran haid wanita
kitaran haid
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
So ape lagikk kengkawan... Aku rase ade jugak yg dah lame kawin pon pon x tahu lagi pasal nie...
main hentam jerrr, pada yg murah rezeki & rezeki awl tu alhamdulilah la... tapi tak salah kan kalau ada ilmu didada....
#thanks MAMAMURAI FOR THE INFO#



September 24, 2012

Sebulan Kita telah Bersama ♥♥


4 Tahun Menyulam Cinta Akhirnya Kita Bersatu untuk Menyemai Benih2 cinta....
Dengan Lafaz yang Telah engkau lafaz kan aku menjadi milik mu... 

Bulan-Bulan Yang akan mendatang kita tak tahu bagai mana.....
dengan lafaz yang engkau sebut kan... Sebegitula Tangungjawab kita bersama....


Aku Harap Aku akan menjadi Suri mu yang setia menemani, Sama Lah engkau Jua....
Susah senang kita bersama... Tanpa rasa sesalan Atas keputusan Kita...



Yaallah Padamu ku memohon, Kau berikan kami kebahagian & Ketenangan mengharungi..
bahtera rumahtangga ini...Kau Kurniakanlah Kami Anak2 yang soleh & solehah, Tabah kan lah kami
untuk Mengharungi Segala liku2 hidup Kelak.. Amin.....



September 7, 2012

HARI BAHGIAKU part II

Selamat Pagi sume.... hmmm macam yg aku janji semalam aku nak citekan sikit.. pasal WEDDING CERAMONY aku tu kan... Alhamdulilah.. sume berjalan dengan lancar nya... Actully ade la sikit cuaca yg  tak m'gizinkan.. tapi alhamdulilah.. Di hari Majlis yg di tunggu2 cuaca amat baik... Syukur pada Allah s.w.t..

Majlis aku nie sume nye katering, Tak ade goto royong cam dulu2 lagi... Sebab org sekarang Sume nak senang ajo... Ikutkan kan aku mmg nak goto rorong aje.. Tapi memandangkan byk peralatan & tenaga kerja  yg tak mengcukupi.. Better gune khimat katering aje... Tengok la... sehari sebelum knduri baru ade jiran2 yg nk dtg tolong2 & tnye ape yg ptt di tolong... Kalau dulu.. seminggu sebelum Dah ramai yg turun padang...

Untuk pelamin, bilik pengantin , Make up, Baju bersanding dll.. Aku menguna Kan Khimat Uncle aku Sendiri.. ( Die dah ade Butik Taw...) INSPIRASI CINTA LAGI....bukan main2...make up taw... Alhamdulilah... Baju & Make up Uncle aku mmg Beshhhh... X menghampakan aku... Banyak yg die tolong... Kira nya Kalau Die tak ade.. Mau lari bajet kitaorg taw...  Bukan ape sumenye... Mahelllll...

ok..ok... cakap byk pun tak guna... Jom kita tengok Ape yg jadik sebelum Majlis Aku Berlansung... hihihihi




Time nie sume tenaga dikerah kan
tak kita kecik & beso.. Sume kene bt kerja... Time ni la br tahu spe yg palin rajin kan...




Ha... Ni Lipat Tisu Utk Majlis Tahlil
Tgk Muka Yg Sama Bt kerja Kan..



















♦♦ Okey... Kte Stop sampai Sini dulu... Nanti Kite sambung Lagi.... ♦♦

August 29, 2012

WORDLESS WEDNESDAY: #1 - Hari Bahagiaku Part 1







#24 AUG 2012 bersamaan 6 syawal 1433 h #
♥♥nantikitecritalagi♥♥

August 11, 2012

Walimatulurus




Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Alhamdulillah dengan izin dan redha Allah s.w.t, saya menyusun jari jemari, menjunjung budi dengan penuh rasa takzim dan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t menjemput dan mempersilakan KAWAN-KAWAN Bloger & 
SEMUA 
ke majlis perkahwinan saya NORZILA BINTI ZULKIFLI pada hari sabtu, 25 OGOS 2012 bersamaan 7 syawal 1433H bertempat di NO.55 Kampung Selinsing,34400 Simpang Empat Semanggol Perak Darul Ridzuan.
Aturcara majlis:
11:00pg - 4:00ptg

Turut mengundang:
seisi keluarga




August 3, 2012

3 Minggu Lagi.....

Hi sume...dah 14 hari kite berpose kan jap jerrr.. Dah nak masuk s'tengah bulan...
jap jerrr masa berlalu... & Aku masih dengan rutin aku.. abih jerrr daily kje kat opiss aku akn
berkejar ke Pasar Ramadhan... Bukan Cari makanan laaa... Cari Rezeki...
Bak Kata org Indon.. mencari sesuap rejeki..... hihihhi merepak sudah!!!
Cakap pasal  masa berlalu...
Gulpppp.... Tersedak Aku.... Kira-kira 3 Minggu jerr lg aku nk jdik wife org....
Pejam celik..pejam celik... Dah nak dekat... 
(Letakkecik2jerrrorgdahmyampahsalalutgkkan!!)
Kad kawin aku dah  edarkan sikit2... tapi ade setengah aku mngunakan perkhimatan
"abg2 Posmen" Utk  kwn2 sekolah aku dulu...
Aku dapat alamat pon dari majalah sekolah dulu2... Redha jela ade rezeki...
Sampai kot pada yg dituju... :)
Pada kengkawan lain2... aku mybe akan invite dalam "Fb"
Tapi buat masa sekarang Fb x on2 lg pon... 
Insyaallah... aku akan try mjemput semua... kengkawan... Bagi sama-sama memeriahkan majlis
yang aku dok nanti2kan setelah sekian lama dengan izin Allah... 
Hope segalanya akan berjalan Lancar...


July 24, 2012

Puasa & Kawin

Salam... Hari ni hari ke-4 Kita berpuasa.. Alhamdulillah setakat ni aku tak la terkantoi lagi... Hihihihi
Selain dari mengumpul pahala di bulan yang penuh barakah ni, Aku Jugak Sibuk Mencari rezeki,
As usual Seperti tahun-tahun yang lepas, datangnya ramadhan aku akan lebih masyuk.... Alhamdulilah,
aderla aku tlg uncle aku berniaga kat pasar Ramadhan, Pasal Niaga tu aku akan critakan Next entri Ok...
Tapi Agak risau, Nak cari duit lebih punya pasal, Aku terpaksa menempuh Panas Api & matahari, Perrrggghh... Memang tambah Hitam lar aku.... Dah la pas raya nak naik Pelamin, Kang amek gambo Nampak gigi jerrrr....

Hushhhh Sebut pasal naik "Pelamin", Berdebar tibe-tibe.... Dah dekat Kot wktu yg di nanti-nantikan tu...


tolak, cmpur , Bahagi sume Tinggal Sebulan jerrr lagi.... Nebes2... Mak Dah nak start memanggil org kg, knduri aku nanti..... Hmmm Nebes punya pasal bole pulak malam tadi aku mimpi, aku kawin, tapi x ada org nk buat pelamin aku, makeup aku terhape-hape.. dalam mimpi tu aku nangis tak hinggat2...
Lawak pon ade, semoga mimpi tu, ada sebarang pertanda... Sangat Risau...

Preparation Almost Done.. Ade la bnde2 remeh yang tak siap2 lg... tapi, Insyaallh.. Sampai waktu & ketikanya, akan settle kot... hmmmmm Aku stop kat sini dulu... Bulan pose x bole taip byk2 nanti makruh..
Hihihihi.. mmg aku suke merepek.... Zzzzaaazzzzzaaz Kan aje yea... Daa.....