Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

March 7, 2013

Kita MUNUM Dulu....


Hehehehe... dah berbulan signboard ni ade kt opis aku..  hari2 aku tengok...
Tapi................ petang semalam baru perasan ade salah spelling... hahahah..

February 26, 2013

i'm back.....

haluuuuuu..... Saya kembali...
setelah sekian lamanya ceh2... ade yg kisah ke.....
 banyak yang nak di share...
tapi hantu belum masuk... hihihhi...
nanti bila dah diseru.. baru kita.. sharing kat sini yea...



January 21, 2013

TERGEDIK... MENGEDIK & BERKEDIP


Salam.... Bertemu di pagi isnin....

Kalau dirujuk tajuk di atas...  Entri kali ni mesti entri nak mengumpat org ek... hahaha
tak ada la... Cuma aku tengah rimas dengan atas kelopak mata sebelah kanan aku ni...
Masuk hari ni.. dah tiga minggu dah jadi mcm tu... mmg tak selalu.. tapi... yg kadang-kadang tu la buat aku rimas......

Macam yang korang tahu... kalau mata ni berkedip-kedip.. ada maksudnya kalau nak diikutkan org tua-tua punya pendapat la.....
Aku harap apa yang aku sedang mengalami ni.. tak ada apa-apa yang tak baik berlaku....

ni aku nak share kan apa kata org tua tentang mata yg tergedik & terkedip ni...

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita 

Psstttt....mmg aku tengah rindu gilerrr kat bff aku masa zaman-zaman minah kilang dulu2 tu... org kata kalau kita rindu kat org compom nanti org tu rindu kat kita juga kan....
Apa-apa pun korang doakan yg baik-baik saja utk aku yea.... ( ^ ^ )


January 3, 2013

KEMBALI

Assalamualaikum....

Saya kembali!!! setelah bercuti beberapa hari....

Still Tak ada Mood untuk Bercerita.... Hmmmm

Semalam Saya pergi kk Taman Medan Untuk 2nd Check-up....

Tangan Saya cakittttt.. Kena 2 Das Jarum hhuhuhu... Cakitttt....

Berat Saya naik!!! 1.5kg... Sepatutnya kena naik 0.5kg jerrr huhuhuh kena sound.. ngan MISI!! hhihi...

Nak buat mcm mana selera bertambah-tambah....

Btwy... saya dah mengandung hampir tiga bulan.... hope.. kesihatan saya baik....

Oppppsss kenapa saya pangil MiSI??? Sebab Doktor yang check saya yg cakap mcm tu...

Dah Lama tak dengar org panggil MISI kan... Selalunyerrr nurse jerrr...

Nanti  saya cerita lagi yerrr.....Keje pending banyak nih!!! tak ade org nak cover!!.. huh tak ape...

Bye!!!

December 24, 2012

UNDER CONSTRUCTION!!!


Wink...Wink...wink.... Otak saye jammed!!  blogwalking belog org lain... kadang2 ada semangat nak menaip... Tapi.... bila draf entri separuh terus hold dulu... bagi bersawang dulu blog nie baru nak boleh post kot... tak boleh on9 lelama.... kembang tekak.. hihihi ngada2 kan... 

November 24, 2012

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...

ASSALAMUALAIKUM...
hAppy saturday..... Sejuk... hujan rahmat di hari sabtu... Ikutkan hati malas..... nak datang kerja hari ini.... best ooo kalau dapat tido.... tapi apakan nasib turn aku berworking hari ini hahaha...

Apa aktiviti korang ek hari ini??? mesti ada yang plan nak terjah ke mana2... & aku yang tak ada sebarang aktiviti...kang tengahari balik umah tido... husbend aku kan turut berkerja...
Bosannnnn... weh...

tak apelah.. pada yang ade program, selamat bergumbira ok... Hati-hati dijalanraya ok...


October 29, 2012

I'm H0ME

ASSALAMUALAIKUM

Hari ke-4 hari raya Aidiladha.... Semalam baru sampai... Jammed gilakk.... dari dua jam
boleh jadi 4 jam dari rembau ke subang jaya...

Banyak cerita yang mahu di kongsikan... suka & duka... ada pengorbanan sempena hari raya korban ni...  dah takdir...

Maybe next entri baru boleh cerita... hantu belum masuk roh aku, so Idea tak ada & tak tahu nak setat mcm mana dulu...

Nanti la kita share kan iye....

October 18, 2012

AKU NAK JADIK MODEL

Entry mengelikan hati sendiri...


HAHAH...gelak besau tadi aku tbe2 dpt comment..... Pasal belog aku nice tu ok la...

Tapiiii..... pasal Tanya aku minat jadi model????

Model apew??? Kalau ikt fizikal aku sekarang nie... hmmmmm.... mmg agak sadis...

Bagai di pam2... nie mesti kes tak tgk gambo aku main invite jerrrr....

kalau tanya en asbend.... mesti die cakap " jadi model baju kelawar boleh la.."

huhuhuhu....


Aku nak terus diet... mana tahu boleh jadi model... hahahha mimpi jela... 

sekali tengok nasik lemak... habis semua diet!!...

TIP-TIP UNTUK CEPAT HAMIL

Bertemu lagi ya... ibu-ibu hihihihi......

Seperti sedia maklum Aku sudah pun berkahwin... Hampir dua bulan...

Seperti wanita-wanita lain...indahnya  Kalau  diberikan rezeki awal untuk menimang cahayamata...

Beshhh kan jadi ibu.... Ramai dah kawan-kawan s'angkatan aku yang dah jadi ibu....
Sangat cemburu.. lihat kebahagian diaroang... Harap-harap aku pun akan dapat rasa moment sebegitu....

Jadi tadi aku adelah blogwalking pasal nak pregnant dengan cepat ni... tak salahkan nak menambah ilmu... Selain dari usaha & berdoa pada Allah s.w.t.. Kita juga haruslah tahu Tip-tip yang aku nak kongsikan ini...

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Credit & thanks To : alamhamil.com For your info..

October 17, 2012

BILA K.A.M.I...

BORING.....

Aktiviti Senggal Bermula.,....


                           


My Satu-satunya opismate  Melayu... Yang lain Sumenya...中国... Kalau nak buat Gilo..X masyukkkk..



Bile Bos tak ada Menjadi-jadi...

Besar VS Kecik ( Dua-dua binik org Yea..)

Tea Time..... (oppp sila abaikan parut kat dahi aku...)







ok lah... itu jerrr aku nak cakap... Sebab kami boring...

p/s: Mesti ade yang cakap kami sempoi jerrr berpakaian kat opis kan... Private Company yang bos nya
      tak kisah mmg camgini... Kalau nk pakai short pant pon boleh masuk kerja... huhuhuh...
      Lantak lah... asal kan kami Bahagia...

October 10, 2012

BANTU LAH KAMAL AFFENDI

Semalam semasa aku kusyuk mengikuti berita utama TV3 Terkeluar pula berita pasal KAMAL AFFENDI .

Korang still ingat siapa dia..???
Kamal Affendi Hashim adalah seorang penganalisis jenayah yang terkenal di negara kita. Kerap melihat beliau menjadi jemputan beberapa rancangan televisyen dan membaca penulisan beliau di dalam akhbar mengenai tips dan panduan pencegahan jenayah.

erita sedih yang saya ikuti sejak semalam dari blog saudara Mazidul Akmal Sidikmengenai Kamal Affendi Hashim yang sedang sakit. Menurut cataran blog, Kamal Affendi Hashim mengidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM).

AVM adalah penyakit konginental iaitu ada sejak ejak lahir dan semua syarikat insurans tidak membuat tanggungang kepada rawatan penyakit ini.


eliau merancang untuk membuat Cyberknife Surgery yang memerlukan kos RM 40.000 . Marilah kita sama-sama membantu , sama-sama meringankan beban yang ditanggung beliau dengan menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas. 
Kamal Affendi adalah seorang individu yang yang banyak jasa dan pengorbanannya pada masyarakat dan negara. Beliau sering memberi ceramah kesedaran yang sangat berguna dan membuka minda kepada masyarakat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kesihatannya dan sembuhkan beliau dengan segera.
Ini adalah nombor akaun Kamal Affendi Hashim – Public Bank 4007 85 2927.  Facebook Kamal Affendi 
Allaahumma irzuqhu assyifaa’ al-’aajil inkaana khoiran lah.. Ya Allah kurniakan kesembuhan segera baginya, andai ada kebaikan buatnya

Saya Sudah anda bagaimana....

October 9, 2012


Salam Semua... Hari selasa sudah..... Hari ini Moody sikit... Pagi2 Dah ade orang Spoil Kan Mood aku
Tapi Aku tetap kat sini... Walaupun belog aku ni tak ramai org nk iktkan...

Sebabnya dengan cara begini aku dapat lepaskan tekanan aku....

Kalau cerita banyak sangat dekat orang pun tak sihat juga kan...

Hati manusia bukan boleh dibaca.. 

Kadang-kadang baik... kadang-kadang sebaliknya.....

So better aku teruskan usaha sebegini... Agar tak menyusahkan sesiapa...

Peace Yoooo 


October 8, 2012

SEPARUH HARI DI HARI ISNIN

OK I TALKING U LISTEN....
hahahah MY BFF SUH IMPROVE KAN  MY INGLISH...
TAPI SORIII LA DER MY INGLISH VERY POOR...KALAU AKU CONTINUE SPEAKING
COMPOM ADE YG MASUK WAD..HIHIHIH...

AIK APESAIT SUME KUAR HURUF BESAR NI... JAP2 NK CAP LOCK BLIK.. HUHUHU

ok..ok... skang  dah 1.59pm... soo makna nya seminit agi  nak kena continue kerja balik...
tapi tadi  p mydin.. sempat agi kan.. sbb ade hal... lau tak tak ade maknanya nak p merayap tengah2 panas ni...

Beli stereng lock utk viva si hitam manis tu..... safety first ok... setelah kejadian last year menimpa kami.. :(

Tak mau ingat lagi...tapi stereng lock yg aku beli ni... ntah ape2 ntah... tak mengikut citarasa asben aku...
kena beli jugak... sbb duduk kat condo  Flat.. bahaya kan... banyak perosak bangsa & negara...

Ok la. 02.03 pm.. Dah curi 3 minit waktu berkerja... Konon2 pekerja contoh kan... hihihihi...




p/s: BFF aku bz kot msg tak reply pong.... takmau kawan... :( heart feeling !!

CERITA HARI ISNIN

Assalamualaikum...

Hari ni isnin semula.... Fuhhhh semalam Boring duduk kat rumah jerrrr dengan incik asben + no aktiviti...

Boring sangat2.... nak buat mcm mana... sabo jela kete still kat workshop... under repair wirering terbako..

Danger kan3....

Hah.. pening tak tengok gambor kat atas ni... Aku pun pening... Tapi aku mmg suka yg pening2 nie... hahahha... Layan jela ek...

So Cite hari ini... Tak ade ape la sgt, Cume my sayang aku... Dah kene tranfer keje kat Seremban Untuk
Tiga bulan ini... Perghhh mcm keje Gomen kan... Tapi nak buat cam ne atas kuasa Veto Bos die Terpaksa Lah pergi jugak...

Aku tak kasi die stay sana... Errr Nehiiii Berjauhan dengan encik asben...So die akn  berulang dari
USJ ----> Seremban   Seremban ----> USj hari2...

Minyak kete & Tol akn di sponser penuh oleh company ok... So tak rugi mane pon...
Yang aku takut nye die tak larat nak berulang hari-hari... Kalau mcm tu, Rumah MIL aku iaitu rmh die kat kampung ambil masa 20 minit jer dari seremban tu... So aku suruh die balik rumah makdie la kalau2 ade KES tak larat nak balik USJ...

Bkn ape... Bagi aku suami isteri tak boleh berengang ok... sebab2 mcm ni la.. akn merenggang kan satu2 relationship sesebuah rumahtangga tu.. itu pendapat aku lah...

Hahh.. lupe nak crite mlm tadi punya hal.... Kereta VIVA kiteorang dah selamat kembali semula..
Sebab nya  akan diceritakan pada next Entri.. HAhahha

Ok lah Kerja time....

See next entry ya... Zassss..♥


October 4, 2012

HARI MEMBAYAR HUTANG

Aku bukan kerja Gomen... :( (tak kesampaian lagi) So maknanya gaji aku haruslah LAMBAT...
Heuuuuuuw... Depend Pada Bos... Kalau Die tak Outstation..@ Obersees Cepat Sikit lah mcm hari ni..
Kalau tak 7-10hb baru bole dapat.... Orang lain sume dah bergaji aku jugak yg nan hadooo....

Tru Maybank2u... Aku dah berjaya Lunas kan hutang piutang aku untuk bulan ini Alhamdulilah... Itu Bahagian aku jerrr Bahagian En Asben Lagi awl die settle kan... huhuhu...

Dah Settle bayar hutang2 baru lah tenang jerr hati kan...
Baru bole berjimba2.... hahahha Sangat!!!

Lagi 2 Bulan New Year kan... Best3!! Paham2 jela.... nak dapat ape...



BOS SAYA NAK INI....



August 16, 2012

Raya Datang Lagi...

Salam.. Semua.. Bape hari jerr lagik kita semua akan menyambut hari rayer... Yeaaaahhh..... Kejap je kan masa berlalu... PANTAS...   :)
Persiapan aku tahun nie... Biasa rrr.. Ala kadar jerrr... Memandangkan aku byk spend duit utk my BIG day nanti tu kan... Hurmmmm Berkorban la sikit...

Tapi yg syok nya.. aku telah berjaya Menyiapkan Biskut Tart Nenas sengsorang Thn nie... Tanpa Bantuan sesiapa even MAK aku skali pong!!.. hihihihi syok nyerrr
Biar penat... Janji ade something Ole2 dari aku thn nie... 
Satu balang utk mak kt kampung & satu balang lagi utk Future MIL..
Bakal Mak mentua pown jgn dilupa ihihihihi...

Hmmm.. Malam nie insyaallah aku akan balik kampung... Sengsorang naik bas + 3 beg yang beso.. & berat..huhuhuh camne nanti aku pong x thu... My future husbnd anta sampai pudu jerrr  :(
(ala mmg setiap thn aku blik raye nk bas ape nk ngada2 sikit..)
Doakan aku semoga Selamat Sampai Yea....

Hmmm Tahun nie bermakna  tahun Last aku beraya sebagai seorang bujang la kan..
kena raya puas2.. hihihi.. Pasni nak jadik binik org dah... seminggu jer lagi... Insyaallah...
Gembira di hati ini hanya Allah yg tahu.....

Hokey... Pada kengkwan yg sama2 akan gerak pulang ke kampung, Hati2 di jalan raya..
macam org slalu ckp..."Biar Lambat Asal kan Selamat"

Di Sini Aku m'yusun sepuluh Jari.. Memohon kemaafan pada semua...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...

P/s : Pada kengkawan Semua jemput la beraya kat rumah aku... & jgn lupawedding aku 25/8 Dtg lagi... Aku belanja mkn.. hihihih..

June 29, 2012

Perempuan & Rokok

Salam... Jumpa lagikkk eh.. Biase rrr hari jumaat.. Selalunya kat Opis nie.. Kureng kerja nyer pon Adoi... hai.. nyer pon.. hihihih... Ceriakan aku rini kan.... Mood Mencanak terbaek hari nie...
Tapi Seceria aku hari nie.. ade sekelumit kat hati aku ni yang agak panas bile ade Perempuan Camgini..


Biar la ade org kata aku sempit pemikiran... tak sporting... Yang penting aku sangat myampah bila ade perempuan yang bajet hensem.... Utk kaum laki lantak la nak hisap ape pon.. dah memang lumrah lelaki suka menghisap...

Dah lah suka berasap...tak tgk line clear ke tak...mmg awk punya Jantung!! Tapi mcm yg kita tahu org yg mghidu lagi cepat Mam**s tau tak...
Lagi marah bile aku tgk cengini...

Pakai Tudung berlitup pas tu berasap... errrr... Patut ke cengitu... ape motif ek... Nak hilang kan stress jgk ke...Pepatah orang K.L... "Wak Lu"... Ada juga aku nampak... si husbend sibuk m'dokong anak... si binik sibuk merokok... mak ai... Dunia2.... Lakik die x ade perasaan ke....Tak marah ke??? Conpius aku...

Kat sini aku bukan nak cerita "Bahaya nya merokok...ke ape ke.." Tapi isunyanya Mana adap ketimuran yang kita bangga kan selama ini....Layak ke nak panggil Perempuan @ Wanita... Kalau dah perangai Cengitu... Teringin aku nak pendapat kaum lelaki yg tak merokok tentang isu nie..

Apa-apa pun

 Sebab

May 23, 2012

John... Jonnie....Jillaa..


Hahhahahahah.... ikutkan hati... nak ketawa jer dengan Title yang aku post hari nie....
Pasal ape ngn 3 nama di atas.???
Biasa rrr ble ade Staff Bangla yang tak bape nak reti sebut Z dengan betul... Jadi la Jilla... Actuallg Name aku kan "Zila"... Suke hati jerr pangil aku Jila...jila.. & jilla.... Pendek sungguh lidah diaorg... hahahha..

Sudah lah salah Sebut nama aku..... siap gabungkan nama aku pulak...campur dengan nama die... Haiyaaaaa....

So to my staff... sebagai kenang.. kenangan walaupun aku tahu ko tak baca entry aku nie...
Mehh layan jerrr.. lagu yg ade kena megena dengan nama kita....zazzzzzZZZzaaaazzz!!




May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Terima kasih pada Semua pendidik di dunia...
Sesungguhnya.. Kau mendidik kami dengan penuh kesabaran dalam pelbagai cabaran & dugaan.....
Semoga Kau di berkati & di redhai Allah... ;)

May 9, 2012

Sayonara....Incik FB

Huhuhuhuuhuhhu....
Sedih hari ini sebab....No more FB working time.....
Tak bole lagi on9 FREE...
Bos aku dah panggil IT Block hari ni...
Siap tuka pasword Unifi lagikk..
Apa pon tak bole....
Nampak nya... Susah lah pas nie.. aku nak menyibukkan diri lagi..... huhuhuhuh..
Makin lama makin beshhhh Bos aku nie... Memang terbaik!!!
No more Surf tenet...(tapi ape2 hal sume suh aku menggoogle haiyaaaa)
No more medical claim.....
Ini macam pun bole... Macam kalau on Fb Bil melambung..
keje aku sentiasa on time ape...
Guwa... makin Sayang sama lu la Bos...




Not Allowed!!
Tak la Sentap sangat sebab memang suda bajet 1 hari mmg die akan buat sampai sebegini rupa...