Semalam pun aku pon ada buat entri pasal kucing.. Ntah la.. lately nie...
rindu plak kat X-Kucing2 yg aku bela... 2 ekor dah hilang.. 3 ekor aku dah hantar balik kampung....
Cakap pasal Kucing ada kisah yang aku nak share kan kat sini.. Buat pedoman Supaya
kita tak aniaya kucing2 kita tu.. agak2 x boleh bela... bagi jerrr kat org lain dari kita dok dera2 kan...
Kisah Muktabar kali ini ialah mengenai seorang wanita yang dimasukan ke dalam neraka hanya di sebabkan
penganiyaan terhadap seekor kucing. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua
terutama kepada mereka yang gemar memelihara binatang peliharaan.
Imam al-bukhari (3318,3482) , meriwayatkan bahawa ibn Umar bahawa Nabi swt bersabda: Seorang
wanita masuk ke neraka kerana seekor kucing yang diikat olehnya, Dia tidak memberi makan, dan tidak
membiarkannya makan serangga dibumi. Rasullulah telah melihat wanita itu berada dineraka manakala banginda melihat syurga dan neraka dalam solat gerhana.
Dalam sahih Al-Bukhari dari Asma Binti Abu bakar bahawa Nabi saw bersabda,lalu mereka mendekatiku
sehinnga berkata Ya rabb aku bersama mereka?. Aku melihat seorang wanita, aku sangka wanita di serang seekor kucing,Aku bertanya bagaimana ceritanya,? mereka berkata dia menahannya sehingga mati kelaparan,Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkanya mencari makan sendiri.
Pengajaran :- ^ Menyeksa binatang termasuk dosa besar yang perlu dihindari
^ Diharuskan memelihara haiwan peliharaan dengan dijaga keperluaannya seperti diberi "
makan & minum.
^ Diakhirat manusia diazabsesuai dengan dosa yang dilakukan semasa di dunia.