Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

March 19, 2012

Lelaki vs Perempuan = ♥♥

perempuan..
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamok,
senang berleter tapi susah marah,
senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami..

lelaki ..
susah utk difahami tapi senang memahami,
susah utk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah utk memarahi tapi mudah menegur,
susah utk setia tapi mudah bertahan,
susah utk menangis tapi mudah tersentuh .
^_^
 

March 2, 2012

Janji Allah SWT bagi orang yang mahu berkahwin.



1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?


3-“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim hanya 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).


6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.


8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, Kenapa ragu dengan janji Allah?


URL untuk Artikel ini:
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1664

February 20, 2012

love ♥♥

Fakta yang Kita perlu tahu... Tentang Love...

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

  • ~♥ Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • ~♥ Kita tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • ~♥ Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • ~♥ Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • ~♥ Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • ~♥ Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • ~♥ Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • ~♥ Minda awak adalah aset yang terbaik.

January 20, 2012

Gong xi fa Chai Datang Lagi


Raya Datang Lagi... Hhiihihi Orang lain punya raya aku pulak yang xcited.. Te pe ma... Kita Kan  1 Malaysia... Sekejap jerrr... Hari nie dah Last day aku kerja.. Pastu cuti sminggu.. Sempena                   Gong Xi Fa Chai!!.. Semalam Bos aku dah kasi AngPau Awl2 taw... Selalunyerr Idokkk Tak pon paling awl Lepas Cuti raya... Maybe untung banyak la tu thn ni?? Brapa?? Ishhhh Secret lorrr mane lehh share... Cukup la nak makan K.f.c 5'6 kali.. ok la 2 dari tak dak...
Hmmm Kalau nak di ikutkan malam nie aku nak gerak balik kampung sudah...Tapi kene balik kampung Bf aku dulu... Hmmm 3 hari nak stay sane tu nehiiiii... Segan la aku... so aku ajk la die balik sabtu pagi.. Sekurang2 nyer 2 mlm sudehhh... Isnin Pagi2 aku nak gerak ke Taiping Pulak.. Tapi nak singgah dulu kat Sabak Bernam.. Sebab aku Kenduri Khatam Al-Quran Anak Buah Paktih Aku...
Kami Nie dah Macam Orang  Yang da kawin kan... (tunggu time jela korang)...
Hope Kat Sabak bernam tu kjap jerr Tkt Paktih aku hasut tido sane plak... Ade lak xtiviti yang die nak ajak BF aku tu.. err..Takkk Nakkk... Aku nak balik awl ke kg lerrr... tu pun aku dah terlepas kenduri jiran sekampung aku.. dah la sebelah rumah... Tak balik pulak tu.. abbihh lerrr aku kene taruk kaw..kaw punya nanti dengan diaorang....
Mak aku dok call selalu dah ni.. tanya nak compom balik ari ape...Cian adik2 aku xcited tunggu kat kampung.. yang aku p merayap sana sini lagi... ape bole buat.. aku ni just part time driver jerr... so kena ikutlah,, mana mana arah stereng die bawak... situ la aku...
Tapi tahun nie aku tak la xcited sgt mcm thn lepas... cuti nie maybe rehat2 jerr kat kampung & still tak ade perancangan nak pegi mane2 pon... Balik nanti baru bincang  kan...
Pagi.. tadi aku tulis skang pkul 5.15 pm pun still tak siap2 lagi Entri aku Ni.. Macam Panjang jerr...
Ok lah kat sini aku skali lagi nak wish kat all my friend. opismate, & my Bos.. Hepi Chinese New Year!!
Aku skang tengah siap nak packing.. maybe mlm nie @ sok pagi nak gerak dah tunggu green light  jer dari Incik abang....
Ok sume yang drive jauh sempena cuti panjang ni hati2.. Biar lambat.. asal selamt & minyak pun Jimat..
Wasalam...

January 13, 2012

Balik Kampung & Raya Cina

ASsaLamUlaaikum....

Hai olllss... Mood Aku sangat Hepi Dis morning... Yang tak hepi pun ade jugak... Tapi Aku Buang jauh2..
Kenapa Hepi??
Mau Tak Hepi... Semalam Dah Dapat bonus.. Gaji Naik...
Sangat2 la hepi... Berbaloi2 kan..
Rezeki dari Allah Kan...Alhamdulilah...

Cakap Pasal Raya Cina Ni kan.. Yang Best nyerr Macam Ni la Selalunyerr Mesti ade :-

~~^ Bonus+Gaji naik+Cuti Yang panjang+ bla..bla..bla..^~~~
Dah Kerja ngn Bos Cina Time2 mcm nie la br nak rasa segalanya..


Cakap Pasal Cuti yang panjang pulak...
Yang lagi seronok dapat balik kampung lame2...
xcited sangat... Rindu segalanya..
tak sabar...nak balik..

oPppss...
Tak nak la excited lebih... mcm thn lpas.. time mcm nie la kereta kena curi..
So.. kene lebih berhati2 yea..




January 11, 2012

Borang UPU

Macam mane la aku boleh keterlupaan ni....
Lupa la nak isi borang UPU untuk adik aku..
Si Abgngah leerrr..
Nasib pagi tadi aku g belek2 entri Si Hakimy Zamri
pasal nak isi borang UPU tu..
Thankz bro...Kalau idokk sampi thn depan lerr akak tak isi2 lagi tau..
Tapi susah lerr nak isi... da mcm nak apply kerja "SpA" Pulokk..



Condemn!!

Manusia memang suka condemn!! (termasuk aku!! )Condemn ini kadang2 ada baiknya.. untuk orang lain memp'betulkan keadaan...
Tapi yang tak beshh nyerr bila ada orang bajet bagus + kuat perasan yang diri tu perfect!!
Apa yang orang buat.. semua nak di condemn!!
tak boleh terima bila ada keadaan yang orang terlebih sedikit dari dia...
Aku pun manusia biasa.. kalau org itu selalu sangat nak membajetkan diri ibarat masuk bakul angkat sendiri.. mmg mls aku nak layan..




p/s : hope orang itu.. berpada2.. sebelum ada lagi hati yang terluka...

January 4, 2012

My new Housemate..

Hai olls...
Buat pertama kalinya aku hapdet 2012 ni... hehehhe bz kot..
Semalam.. aku saje gatal tangan pi buat iklan pasal Bilik untuk disewa..
kat mymudah.com.. Selalunya aku kalau nak cari orang pon just buat iklan kat 1 kertas A4,
Lepas tu pi tampal kat dinding kat papan memo kat flat aku... tapi hampess..asyik kena koyak jerr...
Tak pon aku ajak jer kengkawan aku meh sewa... Tapi susah sangat kot nak p ajak org ni..
kalau dapat yang OK alhamdulilah... Nak cari yang ok Pon susah.. Sebab tu aku dah setahun dok menyewa kat flat tu sorang2 jerr.. Bosan babe!!

Pukul 9.00 pagi aku buat iklan.. tgk2 9.15 orang da ramai dok msg & call... dah lah semalam
aku bz dengan kerja lagi...
ishhh sabo jela.. bile dah abih sabo.. aku just layan yang call jerr..
yang hantar msg Sorriii aku tak layan lagi... bukan betul2 pon nak meyewa.. just nak survey jerr..

And then aku dpt la sorang bebudak yang agk ok kot dr cara perbualan die call aku,
Aku suh dtg umah utk tgk bilik.. Kalau berminat boleh pindah..
Tgk2 budak tu on the spot nak pindah.. Mak ai tak sabar2 ek!!!
Ok la.. dari nak pilih2.. baik aku trima jela budak tu..  Harap2 die ok...
Jangan buat hal sudah....

Ok My new housemate Miss Farah..
Welcome to my rental house...
Hehhehihi.. aku pun menyewa aku x mampu nak beli umah sendiri agi


December 31, 2011

Azam Baru & Azam Lama

Azam???
Ini Bukan Nama Boypren aku Mahupun kekasih gelap hihihihih... (boypren aku bace sure kne sekeh)
Azam ” menurut Kamus ialah kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya). (Sumber: http://dict.rewaz.org/search/browse/azam.re )

kalau nak di ikutkan Azam Aku 2011 Masih ada 1 lagi yang tak tercapai...
Iaitu nak "kawin"
Tapi sampi kehari ini masih tak kesampaiaan di atas sebab yang tak boleh nak dielakkan.. nak tahu mengapa baca SINI.....
so terpaksa lah aku carried forward ke 2012....

Jadi... 2012 ni aku tak nak banyak Azam @ keinginan sebab aku tak mahu kuciwa lagi... Aku mahu concentrate pada urusan kawin ni.. tak nak tanguh2 lagi... lagi banyak tanguh lagi banyak dugaan yang mendatang...

Lagi satu Azam Aku??
Teringin nak pakai kereta sendiri... dok asyik brebut kereta dengan incik boypren aje...
Bosan La...
(eceh2.. Macam cukup budget jerr kan)

Tengok lah kalau ade rezeki @ pun gaji naik lagi ke...Bonus???
Bab Bonus jangan sentuh lansung... Sbb Aku da bertekad duit bonus thn 2012 ni aku tak nak usik lansung..
Ia diperlukan waktu aku nak kawin nanti... (tak bole harap pihak laki jer babe.. x cukupppp)
Hmmm Mcm Susah jerrr nak beli kreta ni...
Macam x perlu je lagi... Tapi itu azam aku jerr... Kalau ada alhamdulilah...... Kalau tak dpt??? Pasrah jela...




p/s: Kalau x bole beli sendiri.. boleh ke.. nanti mintak kereta sbgai hantaran kt incik boypren??? hihihihi compom.. x jdikk kwin lgikk hihihihi...

A Beautiful Wish For Happy New Year 2012

May the stars carry
shine upon you,
May the flowers fill
your heart with beauty
May hope forever wipe
away your tears,
I wish you the very best with a
year full of happiness
may u achieve all that u wish for…
Wishing you many wishes for the New Year
Have a great 2012 ahead
Happy New Year 2012








December 30, 2011

Jumaat yang terakhir untuk aku...

Salam Pembuka bicara..Alhamdulilah... Kalau Di tengokkan
Title aku letak sudah macam aku nak pegi kan.. pegi mana??
Lagi mahu tanya.. Hari ini kan 30th Dec 2011 = Friday....
Kiranya Jumaat yang terakhir lah untuk tahun 2011 ni..
Aku tengok sume wall dekat pesbukk Sume nak wish pasal Last Jumaat untuk tahun 2011 ni.. Aku pon nak jugak...
Sudah sampai penghujung Tahun dengan hari jumaat yang akhir pulak kan aku nak berdoa banyak2.. Supaya.. lebih mendapat
  • hidayah dari Allah s.w.t...

  • Lebih rezeki dari allah..
  • Lebih Kekuatan dr allah untuk menempuhi masa yg akan datang.

    Selamat tingal 2011....



October 24, 2011

1st Time Driving

Teringat suatu ketika..
1st time Driving..hihihihihi mmg klakar la... Kne amek lesen sbb my Mr Jiwa
mmg sgt straight dlm undang-undang jalan raya ni..Tak de lesen no Driving ok(even die pun driving x ikut undang2 pun.. tp seatbelt mmg slalu pakai... rider.. rider jugak... safety kne jga jugak.. salalu ingt org tersayang la tu hhihi)

Err mmg tension kne amek lesen ni... mcm2 benda kne bt.. kne amek kpp (khursus 6 jam 2 lerr) errr mmg bosan... ngadap cikgu kt dpn.. tp fikiran melayang ke mana ntah...

Lepas tu ade lak test undang-undang... err kne baca buku.. mmg bkan my favorite la... (mr mr Jiwa mmg bising.. die tgk aku x pnh nk baca pon...ishhh aku bkn org yg suka mmbaca la...tak kan die x phm aku ni mcm mana lagi.. tak la mcm die komik blambak2 die bace... errrrr aku x la...)
die da cko awl2.. klu x pas jgn amek lesen... isshhh sangat tension la die ni...Tapi alhamdulilah semuanyerr bejalan dgn lancar( hihihhi result ckup2 mkn jerrr JANJI LULUS)

Yeahhhhh Dah ade L... Nk jerr tampal Besar2.. nk jerr ckp kt mat2 bond kt area aku ni aku da ade lesen... (hihihih padahal baru L)
Bile dah ade lesen Belajar memandu ni (L)..Baru la Mr Jiwa aku tu bg Sentuh Kereta die... 2 pon satu jam aku bole blajar bukak pedal lock.. ngn main gear sampai hafal la...selagi tak hafal die x bagi bawak :(

Hihihihi.. Ade ke nk msuk Gear aku Tak tekan Clush... mane bole.. nk meloncat cm tu, hand break pilakk x Turun.. mane bole jalan... punya gelabah beruk time tu...

Tapi perlahan-lahan aku jalan kan kereta time tu.. mmg sangat teruja.. mcm2 perasaan pon ade...Hilang penat aku ngadap buku, nsib baik la aku x bercikgukan orang yang mcm Boyprennn aku tue.. mmg GARANG!!...
dengan Awekxxss..pon nk garang2...

Tak nak aku belajar lagi ngn My MR Jiwa...garang sangat...
By the wy.. Thankz 4 my cikgu... kerna telah penat mengajar aku yang dulu Start dr zero.. smpi dah ade lesen la...(wlaupun cikgu aku malas & ajar ala kada jerrhuhuhuh), Mr JPJ yg Grang... & expicially my Mr Jiwa,, yang sentiasa Support aku dr belakang...


P/s: Pada pren2 aku Yang Still x ade Lesen.. Pegi la amek...susah la x ade lesen...jadikk ape2.. spe nk jwp...

October 4, 2011

Cangihhh... so sweettt nk jugak... :)

Idaman Aku disaat ini... kalau la dpt... haiyaa....

♥♥ iPhone 5
♦ Kalau jadikk hadiah hantaran pon ok jugokk ni...sampai tmimpi2...ehhehehehe...