January 25, 2013

BILA ISTERI MENANGIS ( ^ ^ )

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Copypaste :Bola kehidupan

January 23, 2013

FAKTA - UTK BAKAL2 IBU

♥ Hanya 5% bayi yg lahir pada tarikh EDD (estimated due date) mereka.kebanyakannya lahir antara minggu ke-37 & 42 kehamilan.

♥ Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal utk menampung kandungannya.

♥ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml

♥ 80% wanita mengalami sindrom "baby blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan perubahan hormon.. Nak tahu apa itu sindrom "baby Blues" baca SINI

♥ Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula.Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
♥ Apabila seorang ibu mula sakit bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya, ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat & puasa

♥ Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Sumber: Pesbuk

## Fakta ini membuat kan aku lagi teruja untuk menjadi seorang ibu....Insyaallah...##

SALAM Maulidur Rasul 1434/2013



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

kredit : google





January 22, 2013

BILA NAK.........

Bila nak chinese new year................

Mesti aku akan dapat.............

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
INI



husshhhhh rasa sedap plak mmg siokkk gilakkk dapat sekotak hari ni....


Makan sampai demam..... 2 tahun lepas aku hentam banyak2 jugak smpi kena ambil mc..
huhuhu tak pe kot setahun sekali jerrrr...

Limau dah dapat.... Bonus bilak lagik ni... hadusss... 

BILA MASAK KURMA JADI SUP

Asslammualaikum.....

Wahhh... hari ni indah sangat aku kat office ni.. tanpa ada ganguan & anasir2 yang tak diperlukan kat sini hehehehe kejam!!!

Nak ceriter pasal semalam.... sadisss sangat aku...cerita ni incik asbend aku pun tak tahu....

Sebagai isteri misali.. (tangankebahumatakeatas) setiap hari balik kerja aku akan menjalankan rutin  harian aku sebagai isteri kat rumah iaitu memasak... sebab mak aku kata... air tangan isteri akan lebih mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu.. walaaaa...

walaupun hakikatnya kadang-kadang aku agak blurr kerna kehabisan idea nak masak ape hari-hari... sebabnya kalau tanya suami aku nak makan ape... dia cuma akan jawap masak je ape2 pon..hadusss... dia mmg... susah nak bagi idea sikit.. sebabnya dia mmg tak cerewet dlm bab mkn2 ni... Kang aku goreng telur mkn ngn kicap ha.... mcm na... baru 1/2 pinggan pon tak habis kot...

oleh itu, sebelum aku balik semalam aku singgah pasaraya kat bwh flat aku jerr ni... mmbeli brg2 yg perlu dimasak... time tu pon aku tataw nak masak ape lagi... hasiiiishhh pnt jugak la nk pikir... tetiba tinggggggg!!!  idea dah datang....

Oleh kerana Ayam still ade dalam peti ais kat rumah tu... aku decide nak buat Ayam Masak Kurma... sebab 1st time aku buat ritu asbend aku ok jerrr siap cakap sidap lg...walaweiii..

So aku nak repeat buat utk dia la....so aku beli lah rempah kurma, santan, dll lg la....

sebelum aku naik tu aku singgah kedai topup sebab kledit aku nak habis....  
and then aku pon naik la ke rumah idaman aku errrr...

masuk rumah rehat jap....then bru prepare ape nak masak, time potong bawang & dah tumis pon  baru aku perasan.... aku tertinggal plastik yg ade semua bahan yg nk dimasak tu tertinggal kat kedai bawah hahhhh!!!! tensiiiiiiiiiiiiiiiiiiiooooooooooooonnnnnn.......
nak kena turun balik.... disebabkan bawang dah ditumis & ayam pun dah standby nk dimasak.. aku gagahkan diri juga kebawah utk ambik bungkusan plastik tu....

aku turun la..... & sambung balik nak masak.... bila sambung tumais semula bawang & segala bagai yg perlu ditumis, time nak masukan rempah tu... aku dapati rempah yg aku beli tadi SALAH!!!
sepatutnya nak masak kurma....
 pergi beli rempah perencah sup apa kekdahnya...

(Gambar kredit to mr Gugel)
Aku memang macam nak mengangis... dah tak larat nak turun lagi..... asbend pon ot balik lambat..... mcm mana ni!!!... last2 aku goreng aje ayam tu... & gereng sayur...
tak ada mood lagi nak masak..... 

Aku rasa sebab ape aku boleh tersalah beli.... maybe aku penat kot time tu and then dlm keadaan aku yg mabuk2 ni tak adenya aku nak teliti betul2 rempah tu satu2...
aku tengok jerrr gambo masak kurma aku amik jela....

hmmmmmm ni la satu pengajaran buat aku.... moral of story... kalau tak larat jangan nak gagahkan diri nak masak, pastu kalau beli ape2 kena teliti kan mkn ayam goreng jer semalam.. hahaha

ok selamat berhati-hati...


January 21, 2013

MAKCIK YANG SEMPOI.....

               

****** Saksikan betapa slumbernya makcik ni berkaraoke****** 
Aku pun tak sangup nak nyanyi sebegini rupa...

Apa-apa pun mmg sporting la ..... hihihi

TERGEDIK... MENGEDIK & BERKEDIP


Salam.... Bertemu di pagi isnin....

Kalau dirujuk tajuk di atas...  Entri kali ni mesti entri nak mengumpat org ek... hahaha
tak ada la... Cuma aku tengah rimas dengan atas kelopak mata sebelah kanan aku ni...
Masuk hari ni.. dah tiga minggu dah jadi mcm tu... mmg tak selalu.. tapi... yg kadang-kadang tu la buat aku rimas......

Macam yang korang tahu... kalau mata ni berkedip-kedip.. ada maksudnya kalau nak diikutkan org tua-tua punya pendapat la.....
Aku harap apa yang aku sedang mengalami ni.. tak ada apa-apa yang tak baik berlaku....

ni aku nak share kan apa kata org tua tentang mata yg tergedik & terkedip ni...

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita 

Psstttt....mmg aku tengah rindu gilerrr kat bff aku masa zaman-zaman minah kilang dulu2 tu... org kata kalau kita rindu kat org compom nanti org tu rindu kat kita juga kan....
Apa-apa pun korang doakan yg baik-baik saja utk aku yea.... ( ^ ^ )


January 17, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu



Jom join ! klik banner kat atas okayy ^____^





Semakan Keputusan Permohonan BR1M RM500

**** Pasal Bantuan rakyat 1msia lagi... aku kalau bab2 bantuan mesti alert  punya.. takut terlepas apa info kan hehehe kang tak pasal2 melepasssss....

Okehhh cekediout..... Br1m 2.0 boleh disemak dah yea... bermula 16.01.2012... ditalian
hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini 2012, talian tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Tapi.. tadi aku terlebih exsited.. dah menelepon di talian tersebut... dimana customer services yang jawap phone call aku memberitahu bahawa semakan hanya boleh di buat pada minggu hadapan sahaja...
A..p.t.b.. heheh aku pun tak paham...


Untuk Info kita juga kalau pemohonan kita didapati gagal... kita boleh lagi membuat rayuan:
  • Orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan bantuan RM500 itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan
  • Pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah
  • Bagi pemohon bantuan RM500 yang mendapati status permohonan Br1M mereka gagal, rayuan semula boleh dibuat
  • Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
okey tu jerrr aku nak share... harap-harap aku layak dapat bantuan tu... mesin basuh dah rosak weh!!! tak larat nak memberus kain hari2... cian MAK!! huh!...


BL1M- Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.


Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Syarat Kelayakan Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

***** Wahhhh... Hebak2.. Ade BL1M pula...kali ni untuk buat lesen motosikal  yang murah pulak...
            kalau aku masih tak ada lesen compom aku dah p buat... murah weh dari harga biasa...
           So pada yang memenuhi syarat-syarat di atas boleh memohon boleh juga memohon secara Online
           Online jer kat Link ni..http://www.bl1m.my/ ok.. selamat berjaya.**********

January 3, 2013

KEMBALI

Assalamualaikum....

Saya kembali!!! setelah bercuti beberapa hari....

Still Tak ada Mood untuk Bercerita.... Hmmmm

Semalam Saya pergi kk Taman Medan Untuk 2nd Check-up....

Tangan Saya cakittttt.. Kena 2 Das Jarum hhuhuhu... Cakitttt....

Berat Saya naik!!! 1.5kg... Sepatutnya kena naik 0.5kg jerrr huhuhuh kena sound.. ngan MISI!! hhihi...

Nak buat mcm mana selera bertambah-tambah....

Btwy... saya dah mengandung hampir tiga bulan.... hope.. kesihatan saya baik....

Oppppsss kenapa saya pangil MiSI??? Sebab Doktor yang check saya yg cakap mcm tu...

Dah Lama tak dengar org panggil MISI kan... Selalunyerrr nurse jerrr...

Nanti  saya cerita lagi yerrr.....Keje pending banyak nih!!! tak ade org nak cover!!.. huh tak ape...

Bye!!!