December 17, 2011

Ombak Rindu



Filem ni berjaya mengalirkan air mata aku... & berjaya menyentuh hati aku...

So pada spe2 yang belum menyaksikan lagi Filem ini...@ yg mmg tak ada masa nak g layan crita ni, tak pe korang bace jer sinopsis die... Aku compom pas bace nie... Hati korang mmg akan tergerak nak p tengok crita ni ok...

Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Sumber - Sinema Malaya

December 15, 2011

Syukur Alhamdulilah


Syukur ke hadrat ilahi kerna dgn limpah & kurnianya.. Hari ini aku mendapat.. Sebuah kejayaan di dalam diri aku..Yang dimana aku sangat mengharapkan nya selama ini...

Sepanjang Tahun ini aku di uji..dengan pelbagai dugaan.. Tuhan Mengingatkan aku supaya tabah & sentiasa berusaha..& terus berusaha utk mencapai apa yang di inginkan...

Memang la tak semua keinginan aku tercapai.. tapi aku sangat bersyukur pada Allah.. Sesunguhnya dia maha mendengar & maha mengasihani...

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.