December 17, 2011

Fasha Sandha Dah nak kawin??

Fasha Sandha.. Satu nama yang agak besar juga dalam dunia seni nie.. kehidupannya penuh dgn kontroversi..Aku yang x brapa nak Adore sgt kat die ni.. just suke jerr tgk cara die belakon..

Nie ade lagi satu pasal Kontroversi..
Kejap jadi, kejap macam tak jadi….begitulah percintaan antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai).

Tetapi nampaknya mereka di luar sana yang berhajat untuk memiliki Fasha boleh telan air liur ajelah kerana kali ini nampaknya hubungan mereka berdua kembali terjalin dan semakin serius.

Terbaru dah ada portal hiburan yang dapat menghidu persiapan pasangan ini melakukan persiapan untuk hari bahagia mereka..


Sebagai public figure.. semua benda org nak amik tahu kan... lumrah kehidupan ... tapi satu benda jerr yang aku suka kat Fasha nie.. die ni sgt tabah utk menepis segala tomahan orang kat die..Biasa la tag line die.. Paling susah pun die nak hadap wartawan just Say "No Komen" jer kan.. hahahha... aku ni cam wartawan je kan... padahal kenal Si pasha 2 pon idokkk hahahahha...

Ombak Rindu



Filem ni berjaya mengalirkan air mata aku... & berjaya menyentuh hati aku...

So pada spe2 yang belum menyaksikan lagi Filem ini...@ yg mmg tak ada masa nak g layan crita ni, tak pe korang bace jer sinopsis die... Aku compom pas bace nie... Hati korang mmg akan tergerak nak p tengok crita ni ok...

Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Sumber - Sinema Malaya