January 17, 2013

Semakan Keputusan Permohonan BR1M RM500

**** Pasal Bantuan rakyat 1msia lagi... aku kalau bab2 bantuan mesti alert  punya.. takut terlepas apa info kan hehehe kang tak pasal2 melepasssss....

Okehhh cekediout..... Br1m 2.0 boleh disemak dah yea... bermula 16.01.2012... ditalian
hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini 2012, talian tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Tapi.. tadi aku terlebih exsited.. dah menelepon di talian tersebut... dimana customer services yang jawap phone call aku memberitahu bahawa semakan hanya boleh di buat pada minggu hadapan sahaja...
A..p.t.b.. heheh aku pun tak paham...


Untuk Info kita juga kalau pemohonan kita didapati gagal... kita boleh lagi membuat rayuan:
  • Orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan bantuan RM500 itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan
  • Pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah
  • Bagi pemohon bantuan RM500 yang mendapati status permohonan Br1M mereka gagal, rayuan semula boleh dibuat
  • Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
okey tu jerrr aku nak share... harap-harap aku layak dapat bantuan tu... mesin basuh dah rosak weh!!! tak larat nak memberus kain hari2... cian MAK!! huh!...


BL1M- Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.


Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Syarat Kelayakan Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

***** Wahhhh... Hebak2.. Ade BL1M pula...kali ni untuk buat lesen motosikal  yang murah pulak...
            kalau aku masih tak ada lesen compom aku dah p buat... murah weh dari harga biasa...
           So pada yang memenuhi syarat-syarat di atas boleh memohon boleh juga memohon secara Online
           Online jer kat Link ni..http://www.bl1m.my/ ok.. selamat berjaya.**********