March 30, 2012

mizzerzil is stress

Sangat STRESS!!!

March 24, 2012

Masak Lemak Ikan masin + Nenas

Ini Sambungan dari Entri sebelum ni.... Di sebabkan bosan juga aku telah MASAK!!!
Actually.. aku memang hari2 masak & Kadang2 Tapau untuk Incik BF... HAhahhaha.. (nk test market!!)
Di sebabkan b'cinta dengan orang nogori!! So kena la pandai masak Lemak Cili api!! Tak kisah lah ayam ke,ikan ke, ketam ke.. Ikan masin ke...

Ha... sebut Pasal ikan masin... Incik Bf aku teringin nak makan masak lemak ikan masin...(sumpah!! aku sebelum nie mmg tak pernah buat...Aku pun terpaksa lah mengoogle larrr... Masak kena sedap!! lau tak jatuh larr saham aku... Mau kurang duit hantaran nanti... hihihihi...

♦ Ini time in da process!!.. hihihihi tengah masak + perasaan takut .. (takut tak sedap)♦
Tapi bila aku tapau kan... Si incik itu.. mintak aku tapau lagi.. hahah sedap katanya!!... die kate ikan masin tak cukup!!.. memang larr tak cukup..aku pun buat untuk dua orang makan jerrr...Bujang la katekan...Lagi pun ikan msain "Talang" agak mahal harganya sekilo Rm20.00.. Kalah ketam & ayam....

Untuk yang masih bujang @ yg still belajar masak mcm aku jom aku share kan macam mana nak buat kan nya...

BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan talang masin ( sederhana besar)
1 biji nanas sederhana besar
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikir saja air
CARA MEMASAK:
1) Rendam ikan masin seketika dan kupas nanas dan potong menyerong jangan potong terlalu nipis kemudian tos ikan masin.
2) Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan nanas menjadi empuk serta masak. (resepi ini kredit utk kak nanie:http://resepisedap-nennie.blogspot.com/
ok kengkawan Selamat mencuba & menjamu selera....

Tak ade keje cari kerja

Lately ni aku sangat bosan duduk dekat rumah... So ade jugak cari part time job... tapi hasilnya.. tak hadooo...
memang buang masa.. Hari-hari tepat pukul 5.30 keluar dari office.. balik .. pukul 5.45 dah sampai rumah..
lepas tu kebosanan mula melanda... di sebab kan aku sangat bosan... cari kerja part time pun tak ada... aku pun buat lah kerja-kerja lain kat rumah tu... (bukan mengemas itu kebiasaan kerja aku... half hour siap!!)..
 Teringat pulak masa time sekolah... suka buat scrap book a.k.a buku biodata la... paksa kawan2 tulis...Tapi.. memandangkan faktor umur yang semakin mencanak ni.. aku just buat untuk aku sendiri baca like diari...(nak kata diari pun tak.. lantak la buku ape!!)janji aku boleh luahkan segala nya dalam buku aku tanpa ada anasir2 yang boleh mencilok untuk membacanya...

 (ini dia terhasil nya versi Jiwa & lara by book)


 (ini salah satu content dalam buku tu... gambo aku & die time tua2 nanti insyaallah kalau
panjang umo boleh tengok yang real punya..)


 (buku nie juga boleh mengimbau kenangan2 kami suatu ketika dulu... )

ha.. ini aku sudah start tulis...Tulis ape???? mane boleh share....  hahhaah

So ini lah salah satu hobi aku dekat rumah sekarang... m'conteng buku...actually hobi nie aku buat balik
untuk mengimbau kenangan masa kat sekolah dulu...Aku sangat happy !! at least boleh hilang kan kebosanan aku dekat rumah (walaupun still bosan)

p/s: Pada kengkawan yang ade part time untuk mengunakan tenaga empat kerat aku nie (yg halal saja )
      Boleh lah roger2 aku... (aku masih kuat tau minum milo hari2.. hahhaha)

March 21, 2012

Derita 44 hari

DAY 1: November 22, 1988:
Tanggal Nov 22, dia diculik berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya.
Terkurung dalam rumah, dan dipaksa mengaku dia mempunyai teman lelaki
Dirogol 400 kali bergilir-gilir.
Dipaksa menipu mak bapak kate die melarikan diri dari rumah
Berlapar kerana tidak diberi makan
Dipaksa makan lipas dan minum air kencing
Dipaksa beronani
Dipaksa berbogel di hadapan 4 lelaki
Badan dicucuh dengan lighters rokok

DAY 11: December 1, 1988:

Badan dipukul dengan teruk berulang-ulang kali
Tangan diikat pada bumbung dan bdan diguna sebagai “punching bag”
Muka pula dihadapkan ke arah lantai tanah
Hidung dipenuhi dengan darah menyebabkan terpaksa bernafas melalui mulut
Dumbbells dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah bila cuba minum air kerana perut senak akibat dihentak pemberat
Ketika cuba untuk melarikan diri, dia ditangkap sekali lagi dan lighters dicucuh pada ketiaknya..
Minyak dituangkan ke atas kakinya, dan disuakan api terhadapnya….
Botol dimasukkan ke dalam lubang bontot, menyebabkan kecederaan teruk.

DAY 20: December10, 1989:

Tidak mampu untuk berjalan kerana kaki cedera akibat terbakar
Dihentak dengan kayu buluh
Bunga api dicucuh ke dalam lubang bontot dan dihidupkan apinya
Tangan cedera dan kuku remuk akibat dihentak pemberat
Dipalu sekali lagi dengan batang golf
Kali ini, rokok pula dimasukkan dalam faraj
Dipukul dengan rod besi berulang2 kali
Sewaktu salji turun, dia dipaksa duduk di luar dan tidur di balkoni
Rod pemanggang ayam disula menyebabkan pendarahan yang teruk

DAY 30:

Hot wax dilemparkan pada muka
Kelopak mata dibakar dengan lighters
Ditikam dengan jarum pada bahagian dada
Puting di bahagian kiri dipotong dengan playar
Mentol yang panas dimasukkan dalam faraj
Pendarahan teruk dari faraj akibat dicucuk dengan ngan gunting
Tidak dapat kencing dengan baik
Kecederaan yang sangat teruk sehingga ambil masa sejam untuk merangkak turun tangga dan gunakan bilik air

DAY 40:

Merayu perogol-perogolnya “Bunuh dia terus dan selesaikan apa yang patut”

January 1, 1989:

Junko sambut New Years Day seorang diri Badan sudah lumpuh

DAY 44: January 4, 1989: 4 Budak yang merogolnya bertindak memukulnya dengan pemberat kerana “frust” alasan kalah Mahjung. Akibatnya, darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuhkan api lilin ke arah muka dan matanya.

Selepas itu, minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api. Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.

Esoknya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak. Tiada apa yang dapat menandingi 44 hari penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

*
*SILA BERHATI2 BAGI KAUM WANITA DAN AWASILAH ANAK2 ANDA SBB BYK KES CULIK DAN BUNUH SKRG**

SILA KONGSIKAN KPD RAKAN

March 19, 2012

Lelaki vs Perempuan = ♥♥

perempuan..
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamok,
senang berleter tapi susah marah,
senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami..

lelaki ..
susah utk difahami tapi senang memahami,
susah utk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah utk memarahi tapi mudah menegur,
susah utk setia tapi mudah bertahan,
susah utk menangis tapi mudah tersentuh .
^_^
 

March 16, 2012

Mr bean Da bean

Malas nak Komen!!! (gelak smpi bole pecah perut!!)

March 12, 2012

Rumah Terbalik

Semalam tengok berita kat TV3.. pasal Rumah terbalik yang telah dibina di TAMPARULI: Jangan betulkan surat Pc  anda Rumah yang memang sengaja dibina terbalik ini – pertama seumpamanya di Malaysia – menjadi satu lagi tarikan pelancong di Sabah. Sakit kepala aku tengok... Baru tengok kat tv.. nanti kalau ada rezeki bole Real pegi tengok.. Sure pengsan terus...Jom kita layan gambar-gambar yang aku telah copy & paste ni hihihiih..

hahhh tu dia... memang terbalik sungguh...
Nie yang kat dalam pulak... kerusi meja sume terbalik... memang kretif lah sape yang punya
idea nie.. kang bile keluar dari rumah tu.. Kepala pon boleh terbalik..
kat bangsal kereta plak... yang beshh nyer kereta pon boleh terbalik...

Hahhh... cukup rr aku copy tiga keping jerr gambo... kang marah pula owner die...  kalau ade rezeki
teringin juga nak travel kat sana... mana tahu aku pun boleh jadik terbalik jugak.. hihihih...
Kretif jugak orang Malaysia ni kan... 
Kan Malaysia Boleh..!!!..




Sabar lah Duhai Hati

Sabar lah duhai hati... sape lagi nak pujuk hati kan... kalau tak diri sendiri...
Segala masalah semua nya terpendam dalam hati saja... kasihan hati...
Berat bahu memikul.. berat lagi hati yang menangung....
Tak semua yang di rancang akan menjadi...
melihat kebahagian orang lain adalah penawarnya...
untuk sama-sama tumpang gembira...
Tak kala hati sering merintih Penat menangung derita..


Sabar lah Duhai hati....Mungkin belum tiba masa mu untuk bergembira...
Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya...
Sabar lah Duhai hati ;(

March 2, 2012

Baca lah wahai kaum Adam




Janji Allah SWT bagi orang yang mahu berkahwin.



1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?


3-“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim hanya 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).


6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.


8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, Kenapa ragu dengan janji Allah?


URL untuk Artikel ini:
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1664