October 18, 2012

TIP-TIP UNTUK CEPAT HAMIL

Bertemu lagi ya... ibu-ibu hihihihi......

Seperti sedia maklum Aku sudah pun berkahwin... Hampir dua bulan...

Seperti wanita-wanita lain...indahnya  Kalau  diberikan rezeki awal untuk menimang cahayamata...

Beshhh kan jadi ibu.... Ramai dah kawan-kawan s'angkatan aku yang dah jadi ibu....
Sangat cemburu.. lihat kebahagian diaroang... Harap-harap aku pun akan dapat rasa moment sebegitu....

Jadi tadi aku adelah blogwalking pasal nak pregnant dengan cepat ni... tak salahkan nak menambah ilmu... Selain dari usaha & berdoa pada Allah s.w.t.. Kita juga haruslah tahu Tip-tip yang aku nak kongsikan ini...

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Credit & thanks To : alamhamil.com For your info..

KENDURI DULU DAN SEKARANG

ASSALAMUALAIKUM....

Uishhhh... Cepat betul asa mase berlalu.... Tunduk-tunduk buat kerja... sekali angkat kepala
tengok jam... dah 12.45 tengahari dah.... Dah nak masuk lunch time... Memang niat tak nak kuar lunch.... Panas kat luar ... Lotii still ada stock... Jadi Lunch time kejap lagi... kita hadap Lotii & Milo aje... Diet kan....

Hmmmm Semalam aku sebelum tido.. aku temenung seketika... kejap jerrr masa berlalu...
wedding caremony aku dah nak nak masuk 2 bulan dah..., sambil temenung sambil terfikir..
masa kenduri aku tempoh hari.. majoriti yang menolong semuanya adik beradik aje...Jiran-jiran.. nan hado... tunjuk2 muka pon time2 suma dah settle...

Tak macam dulu... kalau nak kenduri.. seminggu sebelum jiran-jiran semua berkampung kat rumah bakal pengantin tu, nak tolong ape yang patut.... Lagi-lagi petang sehari sebelum majlis berlangsung.... perrggghh meriah2...

Aku rasa.. kan dulu sebab adanya goto-royong... Semuanya gotoroyong... Khemah, masak-memasak... Bunga telur & macam-macam lagi... Semua buat sama-sama...

Tapi... sekarang, tak lagi.. Semua di hujung jari... duit keluar semua siap... Tuan rumah just buat preparation ape yang patut... Jiran-jiran pula style, ala.. x pe.. diaorang kan pakai katering... Semua beres... Jadi tak  ramai..yang datang... ada tu ada... Tapi dah tak semeriah dulu....

Ikutkan hati.. memang nak majlis aku hari tue buat goto-royong aje... tapi memandangkan
banyak peralatan yang tak mengcukupi... kami sekeluarga decide ambil katering saja...



 Tengok isi paperbag... mak-mak sedara + sepupu2 aku... jerrrr Tapi tak ape juga.. dah mmg ramai... kalau utk yg x ramai adik beradik tu macam mana...




Lepas tu... Barang hantaran
yang perlu disiapkan... Sepupu
laki pula yang tolong buat kan...
Bodek la tu..
Pas ni dia pula nak kawin... hihih..



mereka juga...
Next day... Lipat tisu untuk majlis kenduri Tahlil  sehari sebelum Kenduri aku...

See... Caya tak percaya... Dah memang macam gini aku tengok kenduri sekarang kat tempat
aku nie... Dah Kurang goto royong... jiran-jiran pun dah tak macam dulu... tak berapa ambil kisah... Tapi aku percaya.. tak semua tempat macam gini kan.. still ada yang mengamalkan goto-royong macam dulu-dulu... Aku harap kalau ada kat tempat korang... teruskan lagi...
Dan jangan di tinggalkan tradisi nenek moyang kita dulu...
Rugi kan... Sebab tak ambil kisah... Kemeriahan berkurangan.....

P/s: Tapi aku sangat berterima kasih Terutama MAK aku... & semua sedara aku yg telah menolong menjayakan majlis kau tempoh hari... Sayanggggg korang...