October 24, 2011

Home » » Nak Lumba... Lumba kat trek la...

Nak Lumba... Lumba kat trek la...

Semalam Dikejutkan lagi.. pasal dunia sukan pemotoran kita sekali lagi...
* Pelumba Itali, Marco Simoncelli Mati Dalam Perlumbaan Moto GP Grand Prix Malaysia Di Litar Sepang 23 Oktober 2011*
Seorang Pelumba dalam perlumbaan Moto GP Grand Prix Malaysia Di Litar Sepang 23 Oktober 2011 meninggal dunia di atas litar semasa perlumbaan itu berlangsung. Pelumba itu adalah Pelumba Itali, Marco Simoncelli (gambar). Kemalangan ini membabitkan Colin Edwards dan Valentino Rossi.

Berita Penuh TV3

Pelumba Itali, Marco Simoncelli mati ketika perlumbaan Moto GP Grand Prix Malaysia di litar Sepang petang tadi.

Penunggang Honda berusia 24 tahun itu, tergelincir di selekoh 11 sebaik 2 pusingan perlumbaan bermula.

Simoncelli yang hilang kawalan, dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi yang gagal mengawal tunggangan.

Topi keledar yang tercampak menyebabkan hentakan teruk di kepalanya menyaksikan Simoncelli kaku di atas trek.

Perlumbaan terpaksa dibatalkan menyebabkan penonton di litar Sepang turut pulang hampa.

Simoncelli menduduki podium ke-2 pada GP Australia minggu lalu dan berada pada kedudukan ke-6 keseluruhan dengan 139 mata.

* Segalanya Musnah*



♦Persoalan Aku sekarang, Macam Mna boleh jadik insiden mcm 2 skali... mane safetynyerr walaupun berlumba kat trek...Helmet bole tercabut..... Mmg da takdir tapi... boleh dielakkan kan..♦

No comments: