November 16, 2011

Home » » Ricky Martin bakal kahwini teman lelaki

Ricky Martin bakal kahwini teman lelaki

Dunia oh Dunia... Ini lah dunia diakhir zaman.. siapa nak jawap kalau dah jadik macam ni...
Cube baca cerita bawah ni...



15 Nov - Selepas berpacaran selama empat tahun, akhirnya pelantun lagu "Livin' La Vida Loca", Ricky Martin dikhabarkan sedang merancang untuk mengahwini kekasih sejenisnya, Carlos Gonzalez di Sepanyol.

Dipetik daripada laman web Mirror, penyanyi berusia 39 tahun ini telah memohon kerakyatan bagi mengambil kesempatan akan keputusan negara tersebut yang membenarkan perkahwinan sama jantina pada tahun 2005, menurut laporan El Pais.

Malah kerajaan Sepanyol dilihat berbesar hati 'menerima' ayah kepada dua anak kembar berusia tiga tahun, Matteo dan Valentino serta tidak menyuruhnya menukar kerakyatan Amerika Syarikat yang dipegangnya itu.

Walaupun Martin tidak memberi sebarang komen tentang laporan tersebut, akhbar harian Sepanyol itu melaporkan dia mempunyai perancangan untuk berkahwin di negara itu kerana ingin memberi penghormatan kepada perdana menteri Jose Luis Rodriguez Zapatero kerana menyokong hak homoseksual.

Pada tahun lepas, penyanyi ini mengeluarkan kenyataan dan mengakui dia adalah seorang homoseksual dan berbangga dengan status dirinya itu.


Sumber : By Cinema online

No comments: