May 2, 2012

10.11.12

10.11.12
Cantik kan tarikh nie...
hopefully ape yang aku impikan akan menjadi kenyataan
dengan restu & keizinan darinya...

Ade ape dengan tarikh nie??
tak berani nak crita lagi...
sebab belum compom... tak pasti... nanti cakap saya menjoyah jer lebih..

Insyaallah bile sampai waktu & ketikanya... saya akan sharekan...

doakan saye eh...






p/s: to my lovely Pren... hope cepat2 sembuh... hari ini kne operate agi.. ;(
next year harap aktiviti tahunan nie di lupuskan...CC : MRsfarazaki

April 18, 2012

Udin - Udin Sedunia



Kepada yg tengah Stress nak cari nama anak.... Boleh layan lagu nie... banyak nama boleh dapat...
Tapi pangkal akhirnya semua UDIN hahhahahaha....

Bermula lah di sini.....

Yeahhhh.... 16 Apr hari tu, bermula lah agenda terbaru aku, dimana aku dah dapat part time job..
Cashier jerr... kat sebuah pasaraya... hari tu aku kan penah memekak yang aku Bosan tinggal kat umah pas balik kerja... So Seperti yang di jangka.. memang bila dah dapat part time nie mmg agak bz ...
Mujur lah ada yang memahami...

Ramai kengkawan aku tanya tak penat ke.. keluar office 5.30, pastu pukul 6 nak pergi part time pulak,
Hmmm dah itu kemahuan aku..... Bila dah ada peluang ape lagi yg nk di tunggu.... Berkerja jela..
Selain dari menghilang kan kebosanan aku, dapat juga aku menambah pendapatan hihihihhi..

Zaman sekarang Semua duit, buka jer pintu umah duuuuuuiiittttt jerr... setuju tak??? kan2??
So Semalam aku start buka kaunter sendiri dgn menggunakan float sendiri, di atas tangung jawab sendiri...
Alhamdulilah.... Semuanya ok...tak ade short...hushhhh... takut jugak semalam kalau short kena potong gaji wooo... dah la sejam baru 5 hinggit.... tak terganti aku nanti... kena berhati2...

Selain penat, banyak benda2 menarik semasa aku berpart time hahahha... mcm perangai ada, mcm2 fesyen org ada.. boleh kata macam2 ada.....

So hari nie hari ke 3 aku ber part time... Doa kan aku agar terus tabah untuk ber partime yea....Kalau x ade kesabaran memang x boleh .... Sebab Memang PENAT sangat...

April 14, 2012

Risau



BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas kepalanya hancur digilis lori dalam kemalangan dekat Permatang Tinggi, jam 8.45 malam kelmarin.
Mangsa, Nan Ruazlan Zulkefle, 23, dari Balai Polis Machang Bubok sebelum itu membuat rondaan bersama seorang lagi rakan setugas, tetapi mereka menunggang motosikal berasingan.
Ketika menghampiri pondok polis Permatang Tinggi, mangsa cuba memintas Proton Saga untuk diperiksa, selepas mendapati kereta itu mencurigakan.
Tetapi, usaha itu gagal apabila pemandu kereta memecut laju dan bergesel dengan motosikal mangsa serta melanggar pembahagi jalan. Lalu mangsa terjatuh di atas jalan.
Malang tidak berbau apabila sebuah lori menggilis kepala mangsa hingga otaknya bersepai dan mengenai sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian­ dan mayatnya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan­ bilik mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM) dengan kehadiran rakan setugas dan pegawai polis.
Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah dan Ketua Trafik/Ketenteraman Awam SPT, Asisten Superintendan S Manogaran.
Ayub berkata, kedua-dua pemandu Proton Saga dan lori melarikan diri sejurus kejadian dan pihaknya giat menjejaki kedua-dua mereka.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Trafik IPD SPT, Inspektor Azwan Kamaruddin 04-5301977.
Sementara itu teman wanita Nan Ruazlan, Siti Junaida Mohd Hasnan, 20, berkata, mereka merancang untuk bertunang 27 Mei ini.
Katanya, impian hidup bersama musnah selepas arwah yang dikenali sejak enam bulan pergi buat selamanya.
“Saya tidak sangka dia pergi begitu cepat kerana kami baru bertemu tidak sampai satu jam sebelum kemalangan.
“Tiada sebarang perubahan­, cuma malam tadi (kelmarin) sebelum keluar bekerja dia mencium dahi saya yang mana kebiasaannya kami bersalam sahaja,” katanya.
-Sinar-
-risau pulak aku... ttibe tringat pasal die yg akan outstation jauh... Aku sentiasa berdoa semoga dia selamat pergi & selamat pulang-

Pasal aku...

Setelah sekian lamanya aku mendiamkan diri daripada b'belog, akhirnya pagi  ini ada sedikit kelapangan untuk menulis.. hahahhah... Actually aku bukan lah Bz sangat.... sememangnya tak ada isu untuk di kongsikan...kang bile buat2 cite lebih-lebih ade pulak yang nyampah hihihihi...

Alhamdulilah... nampaknya perancangan aku untuk melaksanakan satu-satu nya azam aku tahun ini...sudah di mulakan... kedua2 belah pihak sudah membuat perancangan , harap segalanya berjalan dengan lancar..
memang la mcm lambat lagi... Insyaallah lepas raya puasa tahun ini... tapi Untuk aku... mcm penin jer..
Tak tahu macam mana , apa yang perlu start dulu... al maklum lah... aku x ade kakak yang dah berkawin..
memandangkan aku nie anak,cucu & cicik 1st keluarga aku, semua persediaan aku harap mak, & diri aku sendiri.... sikit2 ade lar tanya kengkawan yg dah berumah tangga... So aku harap kengkawan mendoakan aku semoga segalanya akan berjalan dgn lancar....

Di sebalik ada cerita gembira, ade pula cerita yang sedikit sedih... my buah hati...akan berjauhan dari aku atas urusan kerja... dia akan outstation selama mana aku pun tak pasti... dah lah jauh nun di utara negara...
memang lah kami belum di satukan... tapi hari2 kami mesti kena berjumpa sekejap pun jadilah...sape nak teman kan aku lunch & dinner... ;(  Sape nak jage aku sengsorang kat sini.....
Mungkin telah tersurat kami terpaksa berpisah sementara... Moga akan merasa kerinduaan yang lebih nanti...
maybe cengini lah yang telah di rasa oleh para isteri2 yang telah di tinggalkan oleh incik2 husbend mereka...

So.. Dalam hidup cengini lah... kadang2 gembira.. kadang2 sedih... mainan kehidupan, sebelum menutup mata,
kita terpaksa tempuh..


March 30, 2012

mizzerzil is stress

Sangat STRESS!!!

March 24, 2012

Masak Lemak Ikan masin + Nenas

Ini Sambungan dari Entri sebelum ni.... Di sebabkan bosan juga aku telah MASAK!!!
Actually.. aku memang hari2 masak & Kadang2 Tapau untuk Incik BF... HAhahhaha.. (nk test market!!)
Di sebabkan b'cinta dengan orang nogori!! So kena la pandai masak Lemak Cili api!! Tak kisah lah ayam ke,ikan ke, ketam ke.. Ikan masin ke...

Ha... sebut Pasal ikan masin... Incik Bf aku teringin nak makan masak lemak ikan masin...(sumpah!! aku sebelum nie mmg tak pernah buat...Aku pun terpaksa lah mengoogle larrr... Masak kena sedap!! lau tak jatuh larr saham aku... Mau kurang duit hantaran nanti... hihihihi...

♦ Ini time in da process!!.. hihihihi tengah masak + perasaan takut .. (takut tak sedap)♦
Tapi bila aku tapau kan... Si incik itu.. mintak aku tapau lagi.. hahah sedap katanya!!... die kate ikan masin tak cukup!!.. memang larr tak cukup..aku pun buat untuk dua orang makan jerrr...Bujang la katekan...Lagi pun ikan msain "Talang" agak mahal harganya sekilo Rm20.00.. Kalah ketam & ayam....

Untuk yang masih bujang @ yg still belajar masak mcm aku jom aku share kan macam mana nak buat kan nya...

BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan talang masin ( sederhana besar)
1 biji nanas sederhana besar
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikir saja air
CARA MEMASAK:
1) Rendam ikan masin seketika dan kupas nanas dan potong menyerong jangan potong terlalu nipis kemudian tos ikan masin.
2) Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan nanas menjadi empuk serta masak. (resepi ini kredit utk kak nanie:http://resepisedap-nennie.blogspot.com/
ok kengkawan Selamat mencuba & menjamu selera....

Tak ade keje cari kerja

Lately ni aku sangat bosan duduk dekat rumah... So ade jugak cari part time job... tapi hasilnya.. tak hadooo...
memang buang masa.. Hari-hari tepat pukul 5.30 keluar dari office.. balik .. pukul 5.45 dah sampai rumah..
lepas tu kebosanan mula melanda... di sebab kan aku sangat bosan... cari kerja part time pun tak ada... aku pun buat lah kerja-kerja lain kat rumah tu... (bukan mengemas itu kebiasaan kerja aku... half hour siap!!)..
 Teringat pulak masa time sekolah... suka buat scrap book a.k.a buku biodata la... paksa kawan2 tulis...Tapi.. memandangkan faktor umur yang semakin mencanak ni.. aku just buat untuk aku sendiri baca like diari...(nak kata diari pun tak.. lantak la buku ape!!)janji aku boleh luahkan segala nya dalam buku aku tanpa ada anasir2 yang boleh mencilok untuk membacanya...

 (ini dia terhasil nya versi Jiwa & lara by book)


 (ini salah satu content dalam buku tu... gambo aku & die time tua2 nanti insyaallah kalau
panjang umo boleh tengok yang real punya..)


 (buku nie juga boleh mengimbau kenangan2 kami suatu ketika dulu... )

ha.. ini aku sudah start tulis...Tulis ape???? mane boleh share....  hahhaah

So ini lah salah satu hobi aku dekat rumah sekarang... m'conteng buku...actually hobi nie aku buat balik
untuk mengimbau kenangan masa kat sekolah dulu...Aku sangat happy !! at least boleh hilang kan kebosanan aku dekat rumah (walaupun still bosan)

p/s: Pada kengkawan yang ade part time untuk mengunakan tenaga empat kerat aku nie (yg halal saja )
      Boleh lah roger2 aku... (aku masih kuat tau minum milo hari2.. hahhaha)

March 21, 2012

Derita 44 hari

DAY 1: November 22, 1988:
Tanggal Nov 22, dia diculik berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya.
Terkurung dalam rumah, dan dipaksa mengaku dia mempunyai teman lelaki
Dirogol 400 kali bergilir-gilir.
Dipaksa menipu mak bapak kate die melarikan diri dari rumah
Berlapar kerana tidak diberi makan
Dipaksa makan lipas dan minum air kencing
Dipaksa beronani
Dipaksa berbogel di hadapan 4 lelaki
Badan dicucuh dengan lighters rokok

DAY 11: December 1, 1988:

Badan dipukul dengan teruk berulang-ulang kali
Tangan diikat pada bumbung dan bdan diguna sebagai “punching bag”
Muka pula dihadapkan ke arah lantai tanah
Hidung dipenuhi dengan darah menyebabkan terpaksa bernafas melalui mulut
Dumbbells dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah bila cuba minum air kerana perut senak akibat dihentak pemberat
Ketika cuba untuk melarikan diri, dia ditangkap sekali lagi dan lighters dicucuh pada ketiaknya..
Minyak dituangkan ke atas kakinya, dan disuakan api terhadapnya….
Botol dimasukkan ke dalam lubang bontot, menyebabkan kecederaan teruk.

DAY 20: December10, 1989:

Tidak mampu untuk berjalan kerana kaki cedera akibat terbakar
Dihentak dengan kayu buluh
Bunga api dicucuh ke dalam lubang bontot dan dihidupkan apinya
Tangan cedera dan kuku remuk akibat dihentak pemberat
Dipalu sekali lagi dengan batang golf
Kali ini, rokok pula dimasukkan dalam faraj
Dipukul dengan rod besi berulang2 kali
Sewaktu salji turun, dia dipaksa duduk di luar dan tidur di balkoni
Rod pemanggang ayam disula menyebabkan pendarahan yang teruk

DAY 30:

Hot wax dilemparkan pada muka
Kelopak mata dibakar dengan lighters
Ditikam dengan jarum pada bahagian dada
Puting di bahagian kiri dipotong dengan playar
Mentol yang panas dimasukkan dalam faraj
Pendarahan teruk dari faraj akibat dicucuk dengan ngan gunting
Tidak dapat kencing dengan baik
Kecederaan yang sangat teruk sehingga ambil masa sejam untuk merangkak turun tangga dan gunakan bilik air

DAY 40:

Merayu perogol-perogolnya “Bunuh dia terus dan selesaikan apa yang patut”

January 1, 1989:

Junko sambut New Years Day seorang diri Badan sudah lumpuh

DAY 44: January 4, 1989: 4 Budak yang merogolnya bertindak memukulnya dengan pemberat kerana “frust” alasan kalah Mahjung. Akibatnya, darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuhkan api lilin ke arah muka dan matanya.

Selepas itu, minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api. Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.

Esoknya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak. Tiada apa yang dapat menandingi 44 hari penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

*
*SILA BERHATI2 BAGI KAUM WANITA DAN AWASILAH ANAK2 ANDA SBB BYK KES CULIK DAN BUNUH SKRG**

SILA KONGSIKAN KPD RAKAN

March 19, 2012

Lelaki vs Perempuan = ♥♥

perempuan..
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamok,
senang berleter tapi susah marah,
senang jatuh hati tapi susah nk mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami..

lelaki ..
susah utk difahami tapi senang memahami,
susah utk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah utk memarahi tapi mudah menegur,
susah utk setia tapi mudah bertahan,
susah utk menangis tapi mudah tersentuh .
^_^
 

March 16, 2012

Mr bean Da bean

Malas nak Komen!!! (gelak smpi bole pecah perut!!)

March 12, 2012

Rumah Terbalik

Semalam tengok berita kat TV3.. pasal Rumah terbalik yang telah dibina di TAMPARULI: Jangan betulkan surat Pc  anda Rumah yang memang sengaja dibina terbalik ini – pertama seumpamanya di Malaysia – menjadi satu lagi tarikan pelancong di Sabah. Sakit kepala aku tengok... Baru tengok kat tv.. nanti kalau ada rezeki bole Real pegi tengok.. Sure pengsan terus...Jom kita layan gambar-gambar yang aku telah copy & paste ni hihihiih..

hahhh tu dia... memang terbalik sungguh...
Nie yang kat dalam pulak... kerusi meja sume terbalik... memang kretif lah sape yang punya
idea nie.. kang bile keluar dari rumah tu.. Kepala pon boleh terbalik..
kat bangsal kereta plak... yang beshh nyer kereta pon boleh terbalik...

Hahhh... cukup rr aku copy tiga keping jerr gambo... kang marah pula owner die...  kalau ade rezeki
teringin juga nak travel kat sana... mana tahu aku pun boleh jadik terbalik jugak.. hihihih...
Kretif jugak orang Malaysia ni kan... 
Kan Malaysia Boleh..!!!..




Sabar lah Duhai Hati

Sabar lah duhai hati... sape lagi nak pujuk hati kan... kalau tak diri sendiri...
Segala masalah semua nya terpendam dalam hati saja... kasihan hati...
Berat bahu memikul.. berat lagi hati yang menangung....
Tak semua yang di rancang akan menjadi...
melihat kebahagian orang lain adalah penawarnya...
untuk sama-sama tumpang gembira...
Tak kala hati sering merintih Penat menangung derita..


Sabar lah Duhai hati....Mungkin belum tiba masa mu untuk bergembira...
Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya...
Sabar lah Duhai hati ;(

March 2, 2012

Baca lah wahai kaum Adam




Janji Allah SWT bagi orang yang mahu berkahwin.



1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?


3-“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim hanya 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).


6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.


8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, Kenapa ragu dengan janji Allah?


URL untuk Artikel ini:
http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1664

February 24, 2012

Penangan Lisa Surihani



Tengok... Memang kelakar habis... Pasal Lisa & Yusri kawin.. Habih 3 Serangkai nie..
Meraban Tahap Kronik dah.... Yang sedang meratapi.. Lisa Yang telah di rampas oleh Yusri.. hihihiih..

Well...
For both of u..

Yusri ♥ Lisa

Semoga berbahagia hingga akhir hayat...

happy work anniversary to me


22 Feb 2012 Hari tu.. adalah hari ulang tahun ke-2 aku berkerja kat Company
Aku Sekarang nie....(secret company)
Pejam celik.. Pejam celik.. sudah dua tahun Berlalu..
Bahagia kan Kerja tanpa steress...memang tak di nafikan..
Mana2 tempat kerja memang ada ganguan kerja..
Aku pun mengalaminya... Tapi alhamdulilah...tak lah seteruk tempat kerja aku yang lama..
Yang penuh dengan kepura-puraan,
Aku bersyukur pada Allah kerna telah memberi aku rezeki untuk mendapat rezeki yang halal disini...



(gambo ni aku snap ss by self.. 1 year aku keje.. 2010 duloo2..)


(opismate aku yang Terbaek...No kepura-puraan)



(Aku.. masa 2011.. pun snap sndiri....)

So.. aku harap aku dapat bertahan dengan reputasi aku yang lebih baik
agar slalu di naik kan gaji yaaa... Incik Bosss hihihihih...



Kuat Makan...

Nak Cerita pasal mereka yang semakin kuat makan...Pasal siapa?? Pasal Aku.. Oooohh No..no.. No..
Aku Still on diet ok... Pasal siapa lagi.. si Meow2 aKU  Larrr Yang Dekat rumah... Tu.. Sangat kuat makan.. asal nampak aku jerr nak makan.. asal nak makan cari aku.. Kalau aku Lambat balik padan muka..
Lepas makan Tido... Nak kuar Rumah memang aku tak tak kasi..... Macam yang aku cakap..dekat entri yang lama dulu.. Kalau Lipas lalu depan muka pun buat tak tahu jerr... errrr...
Aku sendiri budget untuk meow2 jerr  tak sampai RM50 untuk sebulan.. Kalau dulu memang cukup..
sebab aku bagi makan nasi jugak, so jimat sikit.. tapi sekarang si meow2 dah tak mahu makan nasi....
Parah larr aku cengini....

Tengok nie yang latest gambo meow2 aku... Tido lagi.. time kenyang la tue... Kalau tak mane nak die
rilek2 macma tu.. habis sume die pungah...
Baby2 meow pun da start boleh jalan.. tak lame lagi masak la aku...



hihihiihih.. boleh tak nanti aku balik and then aku marah cengini... agak2 meow2 tu paham tak..........
 
"memang tak rrrr.... aku marah guna batang penyapu  pun diaorg tak heran"


Tapi... Biar pun aku marah2 cengini.. Kasih sayang antara aku & meow2 tu... still ada...Xpe...
I kan keje rajin.. nak cari duit banyak2 sbb nak kasi u makan jerrr...  :)

Ape celop tok!!!

Ade org kata drama nie mcm nak myesat kan anak2 muda... sebelum crita nie keluar
pelbagai andaian org, pelbagai maksud telah di lontarkan..
Bila aku Mengugel.. pasal apa Celup nie.. mcm2 maksud kuar...
Apa2 pon aku yang dengan dua2 bijik mata dah tengok crita nie..
ok jerr... penuh dengan unsur2 kesedaran...
kalau dalam alam nyata.. Susah yang nak cari mat2 rempit yang nak p semayang, yang nak selamat kan prempuan dari mnjadi rosak.....
aku rasa motif crita nie mahu menjadikan mat2 repit kat luar tu kembali pada asal...itu jer kot..
well.. setiap orang ada pandangan masing2...
Tapi.. tengok dulu sebelum menilai...

February 20, 2012

love ♥♥

Fakta yang Kita perlu tahu... Tentang Love...

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

  • ~♥ Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • ~♥ Kita tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • ~♥ Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • ~♥ Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • ~♥ Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • ~♥ Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • ~♥ Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • ~♥ Minda awak adalah aset yang terbaik.

February 16, 2012

Sepetang Bersama dipantai "Rock"

Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk Korang sume... Kikikiki Cewahhh Promot ehhh...
Bukan ape Cuti panjang hari tu aku balik kampung & Incik abang aku... Die nie kaki Mancing (mancing ikan takpe)
Boleh kata almost hari2... Kitaorg akan ke situ.. sampai naik Hirang aku Taw...
Skang nie..Ban pecah tak macam dulu... Cantikkk... Ade port untuk mmancing... boleh Cuci mata...(heheheh)
Dulu aku pegi...Just ade pokok & batu jerrr.. Bosan.. skang nie mcm2 ada... Bila perut lapo.. kedai Mkn berderet2.. Bosan lagi.. Karaoke pon di sediakan... Macam2 ada..
Jom Kita check it out gambo2 yang telah si snapkan oleh kerabat2 aku...


Hmmmm Beshhhh sgt2... .. Yang paling Beshh Incik Boypren dpt Ikan Beso Cengitu... Peerghhhh... eksyen jerr Lebey... Padahal.. amik gambo punya pasal... Padahal org lain yg dapat... Pinjam jerr ikan tu bt kenang-kenangan.. hihihihihi... yang kita org ni.. dpt kecik2 jerr ikan Gelama.. Jadi lah.. Dah rezeki... hihihihi...


So.. Pada Kengkawan yg belum pergi lagi ke Ban Pecah.. Mesti kene pergi... TV3 pon dah pegi tak kan kita yang dekat ngn kg pon tak nak pegi... Dah menarik skang nie... Caya lah.. hihihiih...



February 14, 2012

Pergi ke Laut kot

Hai Ollss.. Lamenye.. Tak b'belog.... Lame ke??
Mood aku Sudah ke "Laut"..
kalau ikutkan hati.. macam2 aku nak citer.. Pasal... Balik kg hari tu..,
Pegi Jalan2 hari tu.. pasal aku & Die...
Tapi Tangan aku Sakit... T'seliuh.. Jatuh hari tu....
Rahsia tau... Spe pon tak tahu.. Even bf aku pon... Bile jmpe.. aku bt2 steady jerr..
Padahal... Sakit taw..
Last week smniggu aku tak kerja...
Until skng pon tangan still sakit... Oleh karena itu... aku tak ada Mood untuk semua ini....
Semua nya sudah pergi...

February 2, 2012

Pergi...

Selamat pagi... & Assalamualaikum...
Pagi2 mcm nie.. idea x berapa nak ada, tapi hati mcm nak update jerr..
Ha.. ingat tak entri aku pasal Housmate aku yang >INI<...
Baru sebulan die menyewa dengan aku die dah mintak nak keluar rumah...
Aku sebagai Head dlm itu rumah.. just ckp ok jerr... tak halang... halau pun tak...
Tension  pun ade la jgk.. nak cari Housemate punya la susah...
Bila dah ada.. baru cukup sebulan nak keluar plak...
Patut lah.. 2010 dulu setahun aku tak amik orang utk sewa serumah dgn aku..
Buat sakit kepala...

February 1, 2012

Tahniah Tam & merah dpt baby..

Merah & Tam Dah baby... Cute... Sgt Cute...
29/01/2012 hari tu.. masa balik dari kg..
tam & merah sgt lemah.. Sbb aPE??
Seminggu kene tingal.. aku tinggalkan makanan yang banyak..
Tapi dua2 ekor tu.. bukan nya reti nak bajet makan.. selagi ada sapu sampi habis..
tgk2 abih maggie, biskut, & segala apa yang boleh di makan lah kena sapu ngn dua ekor tu...
 Tapi Merah Lain sikit..Sgt lemah sampai tak larat nak jalan...
Rupa-rupanya.. Tahu apa yang  jadik??
Merah nak beranak... Aku pulak yang gelabah.. tak pernah tgk kucing beranak kot...
Geli pun ade... Sampai aku call adik aku, sbb dulu die pun pernah jadik bidan kucin...

Hari ini nie dah hari ke-3 Merah jr.
Dah gemok anak2 merah... Kuat minum susu... pantang jerr mak die tak ade..dah menjerit2..
Merah plak Pantang dgr suara anak2 die... mesti p lari tgk.. takut aku kacau la tu..
Habis si Tam Kuciwa.. Merah Kurang Main dgn die..
Jom P tgk gambo anak Merah & Tam
Aku x letak nama g la... Si tam & merah pun sampai sekarang tak Ada nama... Hemtam Saja lah labu...

Tiga ekor lagi... Cute kan...



 Ha...nie Plak merah...Still berpantang kikiki... (tak de maknanyer.. cam x ade ape jerr!!)


Hihihih nie si Tam Pulak yang Boring... Merah sibuk Ngn Baby..



Sekarang nie.. dah ade lima ekor kucing kat rumah aku.. Hahhh pening kpala... Boleh bukak Zoo
tak lama lagi..


January 20, 2012

Gong xi fa Chai Datang Lagi


Raya Datang Lagi... Hhiihihi Orang lain punya raya aku pulak yang xcited.. Te pe ma... Kita Kan  1 Malaysia... Sekejap jerrr... Hari nie dah Last day aku kerja.. Pastu cuti sminggu.. Sempena                   Gong Xi Fa Chai!!.. Semalam Bos aku dah kasi AngPau Awl2 taw... Selalunyerr Idokkk Tak pon paling awl Lepas Cuti raya... Maybe untung banyak la tu thn ni?? Brapa?? Ishhhh Secret lorrr mane lehh share... Cukup la nak makan K.f.c 5'6 kali.. ok la 2 dari tak dak...
Hmmm Kalau nak di ikutkan malam nie aku nak gerak balik kampung sudah...Tapi kene balik kampung Bf aku dulu... Hmmm 3 hari nak stay sane tu nehiiiii... Segan la aku... so aku ajk la die balik sabtu pagi.. Sekurang2 nyer 2 mlm sudehhh... Isnin Pagi2 aku nak gerak ke Taiping Pulak.. Tapi nak singgah dulu kat Sabak Bernam.. Sebab aku Kenduri Khatam Al-Quran Anak Buah Paktih Aku...
Kami Nie dah Macam Orang  Yang da kawin kan... (tunggu time jela korang)...
Hope Kat Sabak bernam tu kjap jerr Tkt Paktih aku hasut tido sane plak... Ade lak xtiviti yang die nak ajak BF aku tu.. err..Takkk Nakkk... Aku nak balik awl ke kg lerrr... tu pun aku dah terlepas kenduri jiran sekampung aku.. dah la sebelah rumah... Tak balik pulak tu.. abbihh lerrr aku kene taruk kaw..kaw punya nanti dengan diaorang....
Mak aku dok call selalu dah ni.. tanya nak compom balik ari ape...Cian adik2 aku xcited tunggu kat kampung.. yang aku p merayap sana sini lagi... ape bole buat.. aku ni just part time driver jerr... so kena ikutlah,, mana mana arah stereng die bawak... situ la aku...
Tapi tahun nie aku tak la xcited sgt mcm thn lepas... cuti nie maybe rehat2 jerr kat kampung & still tak ade perancangan nak pegi mane2 pon... Balik nanti baru bincang  kan...
Pagi.. tadi aku tulis skang pkul 5.15 pm pun still tak siap2 lagi Entri aku Ni.. Macam Panjang jerr...
Ok lah kat sini aku skali lagi nak wish kat all my friend. opismate, & my Bos.. Hepi Chinese New Year!!
Aku skang tengah siap nak packing.. maybe mlm nie @ sok pagi nak gerak dah tunggu green light  jer dari Incik abang....
Ok sume yang drive jauh sempena cuti panjang ni hati2.. Biar lambat.. asal selamt & minyak pun Jimat..
Wasalam...

January 14, 2012

Rojak A.k.a Pasembur

Rojak A.k.a Pasembur

(sorii gambo kurang memuaskan mls nak edit)

Hmmm Nampak sedap kan... Kalau Area Selangor Orang Pangil Rojak..
Tapi aku kan orang Utara, Kitaorang pangil Pasembur @ pasembuq... hihihihi..
Aku Kalau Lunch time mmg susah nak makan nasi.. Sbb cuaca skang yang sgt panas..
Selera pun kurang...
Aku lebih suka makan yang cegini jerr...
Semalam pun aku makan Pasembur Biasa la bile dah beli kat kedai mamak...
Mesti sepinggan penuh... Kenyang nyer mmg x bole nak ckp.. senak aku di buatnya..
memang tak boleh makan selalu...
Tapi semalam aku mcm lapar tak tahu nak makan apa..
Dari makan nasi ... Baik aku mkan Pasembur nie...Mcm2 Ada...
Banyak2 aku mkn Pasembur... Yang sedap still kat padang Kota.. Peneng!!..
Memang Terbaek...
Aku ingat Raya cina nie nak p terjah Jap...
hihihihihi...



January 13, 2012

Jejak Seorang Kawan..

Haii semua.. Hari ini.. Aku sengsorang jerr kat opis.. sume da nak start cuti-cuti Malaysia..actualy next week baru cuti panjang.. minggu ni diaorang memandai jerr cuti sendirian berhad... Tolak gaji ok!!! =D
Bila duduk sorang2 jerr kat opis ni.. mula la aku berpikir macam.. Tiba2 Teringat sorng Housemate aku
Che halimah Binti Abdullah a.k.a EMA

Last aku jumpe die.. lepas raya Aidilfitri 2010.. Seminggu lepas raya aku p melawat kat rumah sewa dia,
Die ckp die tak sihat.. Lagi pun die tak balik braya di kampung.. then aku pun p la bawak kuih raya...
Masa aku p.. die nampak ok jerr.. die ckp die just demam malam jerr.. Die ada pegi check up.. Tapi Result ok jerr.. aku pon tak la kisah sgt.. sbb aku rasa biasa jela.. demam2..kan..
Seminggu lepas tu.. aku dapat tahu dari sorang lagi X-Housemate aku.. iaitu Mek Yan.. Di cakap Ema Admit Hospital.. Die Pengsan kat parking masa nak balik dari bekerja.. masuk wad Neurology yang bersangkutan Dengan Otak la.. Masa pengsan tu die Sawan Jugak...Doctor suspect Die ade jangkitan kuman..dalam otak..Sebulan Die koma kat hospital PPUM tu.... Bile sedar jerr die sawan.. Aku sedih sgt bila p melawat die time tu.. Ema ni sorang yang hepi go lucky jugak la... Banyak cakap.. Bila dah jadik mcm ni abih semua orang die tak kenal.. kawan2, boypren termasuk family die jugak.... Apakah dugaan yang Allah nak tunjuk kan ini... Jangan sangka Kita yang muda ni tak boleh tibe2 sakit.. kalau allah nak uji sekejap saja.. Kalau nak di ikutkan perancangan die nak Kawin bulan 12 2010, tapi dah sebab kesihatan die yang tidak mengizin kan.. terpaksa la ditangguhkan...
Selepas sebulan di PPUM.. Die terpaksa di tukarkan ke Hospital Baling Kedah dimana berdekatan dengan Kampung Halamannya.. Aku pernah cuba call Tapi orang lain yang jawab iaitu kakak iparnya.. aku mintak kebenaran untuk bercakap dengannya.. Tapi yang sedihnya dia sudah tidak mengenali aku..
Lepas tu aku tak lagi mencarinya sebab mahu dia berehat secukupnya supaya. Ema cepat pulih...
Kini Hampir Setahun lebih.. aku langsung tak dapat beritanya.. aku ada juga cari boyfrend Ema.. Namun Die tak dapat dikesan, aku dengan crita.. Boyfrend ema pon dah balik tinggal kat kelantan...
Aku dah Lost contact la... Macam Mana aku nak cari ema???
Paling aku Takut aku pernah Bukak Wall Facebook Ema, Masa Besday die.. Ramai la yang wish Besday..
Tapi Ade sorang perempuan Maybe Kawan Ema.. Die cakap cegini.. "Tahun ini die tak de la.. Cian die"
Bertambah lah kekeliruan aku... aku pon Reply la kat wall Die.. "sape2 Yang tahu perkembangan Ema tolong bagitahu aku" Tapi sampai kehari ini tak ade sape pon yang reply.. Sedih sangat aku...
Macam2 persoalan Di minda aku.. Adakah Ema Sudah kembali sihat.. atapun sebaliknya nya..
Aku berdoa supaya segala nya baik2 saja... Kami mungkin tak lah serapat mana.. namun.. di sebabkan aku mengenali dia.. sangat risau.. Semoga Satu hari nanti aku dipertemukan dengan ema @ pun BF nyer..


Balik Kampung & Raya Cina

ASsaLamUlaaikum....

Hai olllss... Mood Aku sangat Hepi Dis morning... Yang tak hepi pun ade jugak... Tapi Aku Buang jauh2..
Kenapa Hepi??
Mau Tak Hepi... Semalam Dah Dapat bonus.. Gaji Naik...
Sangat2 la hepi... Berbaloi2 kan..
Rezeki dari Allah Kan...Alhamdulilah...

Cakap Pasal Raya Cina Ni kan.. Yang Best nyerr Macam Ni la Selalunyerr Mesti ade :-

~~^ Bonus+Gaji naik+Cuti Yang panjang+ bla..bla..bla..^~~~
Dah Kerja ngn Bos Cina Time2 mcm nie la br nak rasa segalanya..


Cakap Pasal Cuti yang panjang pulak...
Yang lagi seronok dapat balik kampung lame2...
xcited sangat... Rindu segalanya..
tak sabar...nak balik..

oPppss...
Tak nak la excited lebih... mcm thn lpas.. time mcm nie la kereta kena curi..
So.. kene lebih berhati2 yea..




January 11, 2012

Borang UPU

Macam mane la aku boleh keterlupaan ni....
Lupa la nak isi borang UPU untuk adik aku..
Si Abgngah leerrr..
Nasib pagi tadi aku g belek2 entri Si Hakimy Zamri
pasal nak isi borang UPU tu..
Thankz bro...Kalau idokk sampi thn depan lerr akak tak isi2 lagi tau..
Tapi susah lerr nak isi... da mcm nak apply kerja "SpA" Pulokk..



Condemn!!

Manusia memang suka condemn!! (termasuk aku!! )Condemn ini kadang2 ada baiknya.. untuk orang lain memp'betulkan keadaan...
Tapi yang tak beshh nyerr bila ada orang bajet bagus + kuat perasan yang diri tu perfect!!
Apa yang orang buat.. semua nak di condemn!!
tak boleh terima bila ada keadaan yang orang terlebih sedikit dari dia...
Aku pun manusia biasa.. kalau org itu selalu sangat nak membajetkan diri ibarat masuk bakul angkat sendiri.. mmg mls aku nak layan..




p/s : hope orang itu.. berpada2.. sebelum ada lagi hati yang terluka...

January 4, 2012

Selamat Pagi Cikgu



Hahahhahaha... Teringat Balik Time sekolah2 dulu... Hari ini 1st Day budak2 sekolah kembali bersekolah..
tapi tadika Kat Area Rumah aku ni diam Jerr Mcm tak sekolah jer arini... Budak sekarang dah cerdik pandai.... Bukan mcm dulu... Nangis.. Jerit... Panjat pagar.. X nak masuk sekolah...
Macam Cousin aku Baru Nak masuk Pra sekolah.. Aku tengok sangat Xcited nak pergi sekolah... Beshh3..

p/s :Untuk Adik2 aku..Acik & Adam...
Selamat Bersekolah kembali... Belajar rajin2...



My new Housemate..

Hai olls...
Buat pertama kalinya aku hapdet 2012 ni... hehehhe bz kot..
Semalam.. aku saje gatal tangan pi buat iklan pasal Bilik untuk disewa..
kat mymudah.com.. Selalunya aku kalau nak cari orang pon just buat iklan kat 1 kertas A4,
Lepas tu pi tampal kat dinding kat papan memo kat flat aku... tapi hampess..asyik kena koyak jerr...
Tak pon aku ajak jer kengkawan aku meh sewa... Tapi susah sangat kot nak p ajak org ni..
kalau dapat yang OK alhamdulilah... Nak cari yang ok Pon susah.. Sebab tu aku dah setahun dok menyewa kat flat tu sorang2 jerr.. Bosan babe!!

Pukul 9.00 pagi aku buat iklan.. tgk2 9.15 orang da ramai dok msg & call... dah lah semalam
aku bz dengan kerja lagi...
ishhh sabo jela.. bile dah abih sabo.. aku just layan yang call jerr..
yang hantar msg Sorriii aku tak layan lagi... bukan betul2 pon nak meyewa.. just nak survey jerr..

And then aku dpt la sorang bebudak yang agk ok kot dr cara perbualan die call aku,
Aku suh dtg umah utk tgk bilik.. Kalau berminat boleh pindah..
Tgk2 budak tu on the spot nak pindah.. Mak ai tak sabar2 ek!!!
Ok la.. dari nak pilih2.. baik aku trima jela budak tu..  Harap2 die ok...
Jangan buat hal sudah....

Ok My new housemate Miss Farah..
Welcome to my rental house...
Hehhehihi.. aku pun menyewa aku x mampu nak beli umah sendiri agi